Skip to main content

Singapura

Pemimpin baharu SG akan dipantau dengan teliti, kata SM Teo

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin baharu SG akan dipantau dengan teliti, kata SM Teo

(Gambar: Facebook/Teo Chee Hean)

Diterbitkan : 27 Mar 2024 07:07AM Dikemas Kini : 27 Mar 2024 07:42AM
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata para pemimpin baharu Singapura akan dipantau dengan teliti.

Menurut beliau, mereka akan menghadapi ujian untuk mengetahui sama ada mereka kekal bersatu, berdaya tahan dan berdedikasi dalam menjaga kepentingan Singapura.

SM Teo berkata demikian di majlis makan malam Pentadbiran Awam pada Selasa (26 Mac) malam.

Beliau berkata masa depan Singapura bergantung kepada keupayaannya mengharungi cabaran-cabaran yang ada.

Bagi meraih kejayaan itu, katanya, ia memerlukan perkongsian yang kukuh antara generasi baharu kepimpinan politik dan Perkhidmatan Awam.

SM Teo turut menekankan pentingnya para pemimpin mempunyai keberanian untuk membuat keputusan, terutama sekali yang sukar dan tidak popular, tetapi terbaik bagi Singapura.
 
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita