Skip to main content

Singapura

Pemimpin agama kunci untuk kekalkan kepercayaan, hormat antara kumpulan agama berbeza: Lee Hsien Loong

Menteri Kanan Lee Hsien Loong menekankan masyarakat Singapura harus bekerja keras demi mengukuhkan keharmonian agama di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin agama kunci untuk kekalkan kepercayaan, hormat antara kumpulan agama berbeza: Lee Hsien Loong

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 30 May 2024 06:41PM Dikemas Kini : 31 May 2024 03:03PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menekankan masyarakat Singapura harus bekerja keras demi mengukuhkan keharmonian agama di negara ini.

Para pemimpin agama, seperti dari Pertubuhan Antara Agama (IRO) pula, adalah kunci untuk mengekalkan kepercayaan dan hormat antara kumpulan berbeza.

Encik Lee berkata demikian dalam catatannya di laman Facebook selepas melakukan lawatan ke Masjid Ba'alwie pada Rabu (29 Mei).

DIBAWA TELUSURI SEJARAH MASJID, LIHAT KOLEKSI ARTIFAK

Encik Lee berkata, semasa lawatannya itu, beliau dibawa meninjau-ninjau pekarangan Masjid Ba'alwie dan berpeluang menelusuri sejarah masjid itu.

Beliau juga dibawa melihat koleksi artifak yang disimpan, bersama Imam Masjid Ba'alwie Habib Hassan.

Menurut Encik Lee, Masjid Ba'alwie yang dibina pada tahun 1952 itu dianggap sebagai sebuah muzium kecil kerana ia menyimpan pelbagai artifak dan teks-teks keagamaan.

Bukan sahaja teks-teks dari agama Islam, tetapi teks-teks daripada beberapa agama lain turut dipaparkan di masjid itu.

"Hakikatnya bahawa teks dan artifak dari pelbagai agama dapat dipaparkan bersama-sama di masjid ini, merupakan satu contoh hebat mengenai kerjasama dan persahabatan berbilang agama yang dinikmati di Singapura."

"Kita harus bekerja keras demi mengukuhkan keharmonian agama di Singapura. Para pemimpin agama, seperti dari IRO, adalah kunci untuk mengekalkan kepercayaan dan hormat antara kumpulan berbeza.

"Saya berbesar hati atas usaha mereka untuk mengeratkan lagi kumpulan-kumpulan agama di Singapura. Semoga ia dapat berkekalan!" tulis beliau.

Di akhir lawatannya, Habib Hassan memberikan Encik Lee siri buku 360 sebagai cenderamata, yang mengandungi petikan teks dari kitab-kitab suci daripada 10 agama utama di Singapura.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita