Pemimpin agama kecam insiden Al-Istiqamah; IRO sangat prihatin terhadap keamanan, keselamatan rumah ibadat SG
Pertubuhan Antara Agama (IRO) membuat catatan di Facebook berhubung kes bungkusan di Masjid Al-Istiqamah. (Gambar: Facebook/IRO Singapore)
- Pertubuhan Antara Agama (IRO) mengambil pendirian tegas terhadap sebarang tindakan yang mengancam keamanan dan menggugat keselamatan tempat ibadat serata negara, atau yang boleh menjejas keharmonian agama di Singapura.
- IRO mengeluarkan kenyataan tersebut menyusuli penemuan bungkusan mencurigakan di Masjid Al-Istiqamah yang 'dipercayai berisi daging babi'.
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam berkata pada Khamis (25 Sep) bahawa insiden itu bukan kejadian pertama dan terdapat "kes-kes serupa baru-baru ini di masjid-masjid lain".
- "Kami berdiri teguh bersama rakan-rakan Muslim kami dan berdoa agar keamanan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kita terus berkekalan," kata IRO.
Demikian menurut IRO dalam catatannya di laman Facebook pada Khamis (25 Sep).
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam berkata pada Khamis (25 Sep) bahawa insiden itu bukan kejadian pertama dan terdapat "kes-kes serupa baru-baru ini di masjid-masjid lain".
"Masjid, kuil, gereja dan tempat ibadat lain di Singapura adalah tempat perlindungan bagi ramai orang.
"Ia mesti terus menjadi ruang yang selamat dan aman bagi semua yang inginkan ketenangan dan mahu bermuhasabah dan melakukan ibadah bersama," tegas IRO.
IRO turut menarik perhatian bahawa "tindakan terhadap satu agama adalah tindakan terhadap semua agama".
"Kami berdiri teguh bersama rakan-rakan Muslim kami dan berdoa agar keamanan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kita terus berkekalan," kata IRO.
"Bersama-sama, kita kekal teguh dalam komitmen bersama kita untuk memelihara keharmonian agama, yang menjadi asas kepada perpaduan Singapura," tambah kenyataan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.