Skip to main content

Singapura

Pemimpin 4G tingkatkan usaha dampingi masyarakat; lebih ramai buat kunjungan serentak

Buat pertama kalinya, dua menteri negara kanan menyertai seorang menteri melawat estet perumahan Woodlands untuk bertemu para penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2018 09:49PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 10:01PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, dua menteri negara kanan menyertai seorang menteri melawat estet perumahan Woodlands untuk bertemu para penduduk.

Ini berlainan daripada lawatan-lawatan sebelum ini yang selalunya melibatkan seorang menteri atau sekumpulan menteri dan Anggota Parlimen (AP) kawasan undi tersebut selaku tuan rumah.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata, cara ini mengupayakan lebih ramai pemimpin generasi keempat (4G) termasuk mereka yang bukan menteri mendampingi lebih ramai rakyat Singapura menjangkaui kawasan undi mereka.

Sarapan pagi hari Ahad (5 Ogos) bagi lebih 30 penduduk dari Woodlands diluangkan berbual dengan para menteri dan AP tentang pelbagai isu seperti kos kehidupan dan pendidikan.

Ia adalah kali pertama sesi dialog semasa lawatan menteri dijadikan sesi bersembang secara santai.

Menurut Cik Indranee, kumpulan-kumpulan kecil sebegitu membolehkan para penduduk menyuarakan pandangan mereka dan beliau merasakan bahawa ia membolehkan dialog yang lebih mendalam.

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin bersependapat dengan Cik Indranee.

Menurut Encik Amrin, sesi perkongsian dalam kumpulan yang lebih kecil membolehkan para AP mendengar dengan lebih terperinci cabaran yang dihadapi para penduduk.

"Saya rasa ini satu sesi yang penting di mana kita dapat maklum balas, di mana kita dapat memperbaiki, menghalusi lagi dasar-dasar pemerintah untuk mendekati masyarakat dan kita mendengar daripada mereka yang telah mengatasi cabaran itu. Jadi saya rasa ini satu sesi yang baik dan saya gembira kita bertemu dengan ramai jaguh-jaguh masyarakat kita," kongsi AP GRC Sembawang itu.

Cik Indranee berkata format lawatan menteri boleh diubah dan akan disesuaikan mengikut demografi dan keperluan setiap kawasan undi. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita