Pemilik tanah swasta di pantai bakal diberi geran, wajib buat benteng di bawah Rang Undang-Undang Perlindungan Pantai
Pemilik tanah swasta di kawasan pesisir pantai akan menerima geran modal bagi membantu mereka melaksanakan langkah-langkah perlindungan pantai yang diwajibkan, di bawah Rang Undang-Undang Perlindungan Pantai dan Pindaan Lain yang diluluskan di parlimen pada Jumaat (6 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemilik tanah swasta di kawasan pesisir pantai akan menerima geran modal bagi membantu mereka melaksanakan langkah-langkah perlindungan pantai yang diwajibkan, di bawah Rang Undang-Undang Perlindungan Pantai dan Pindaan Lain yang diluluskan di parlimen pada Jumaat (6 Mac).
Geran tersebut direka untuk meringankan beban modal awal yang perlu ditanggung pemilik tanah yang akan diwajibkan di sisi undang-undang untuk membina perlindungan banjir sebagai sebahagian daripada benteng seluruh negara terhadap kenaikan paras laut, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.
Pemilik tanah juga akan menerima nasihat dan rundingan daripada agensi air negara PUB berhubung cara untuk melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan.
Undang-undang baharu itu akan mewajibkan semua pemilik tanah di pantai - termasuk kementerian pemerintah, lembaga berkanun dan syarikat swasta - melaksanakan langkah-langkah perlindungan pantai sebagai usaha benteng yang berterusan.
Sekitar 70 peratus garis pantai Singapura dimiliki pemerintah dan sebahagian besarnya akan diuruskan oleh negara. Baki kawasan dipegang oleh syarikat privet, kebanyakannya limbungan kapal, pelabuhan serta perniagaan dalam sektor minyak, gas dan pengilangan.
Di bawah rang undang-undang itu, geran modal akan meliputi kos kajian, pengalihan perkhidmatan serta pembinaan. Saiz geran akan ditentukan berdasarkan norma biaya yang mengambil kira kadar pasaran semasa dan inflasi, dan akan dibayar secara berperingkat sebagai bayaran balik bagi membantu para pemilik tanah mengurus aliran tunai.
Pemilik tanah hanya boleh memohon geran tersebut selepas kewajipan undang-undang dikenakan secara rasmi ke atas mereka.
PUB akan memaklumkan pemilik tanah yang terjejas berhubung kewajipan mereka kira-kira 10 tahun sebelum tarikh jangkaan penyiapan projek.
Rang undang-undang itu juga memberi kuasa penguatkuasaan kepada PUB, termasuk kuasa kecemasan untuk memasuki premis jika benteng berterusan tidak dapat disiapkan akibat kelengahan, atau jika pemilik tanah tidak dapat dihubungi apabila kejadian banjir pantai hampir berlaku.
Purata paras laut di sekitar Singapura dijangka meningkat sehingga 1.15 meter menjelang akhir abad ini. Digabungkan dengan ribut lebih kencang dan air pasang tinggi, paras air boleh meningkat sehingga lima meter.
“Ini serius. Ia bermakna sekitar 30 peratus daripada Singapura boleh ditenggelami air laut. Perniagaan-perniagaan kita di kawasan pesisir, seperti limbungan kapal atau pelabuhan yang bergantung kepada akses ke laut, akan berdepan risiko banjir pantai,” kata Cik Fu.
KEBIMBANGAN DI PARLIMEN
Lapan Anggota Parlimen (AP) mengemukakan soalan yang sebahagian besarnya tertumpu pada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pemilik atau penyewa tanah privet.
AP Poh Li San (PAP-Sembawang West) menggesa pendekatan berpusat diambil bagi reka bentuk dan pembinaan langkah-langkah perlindungan pantai untuk mengelakkan titik kelemahan serta membolehkan pemerintah memanfaatkan skala ekonomi.
AP Lee Hui Ying (PAP-Nee Soon) turut menyuarakan kebimbangan serupa dan mencadangkan bahawa ia mungkin lebih berkesan jika pemerintah membina keseluruhan benteng dan kemudian menuntut bayaran balik daripada para pemilik tanah.
Menjawab perkara-perkara tersebut, Cik Fu berkata pemilik tanah seharusnya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tanah mereka sendiri.
“Jika pemerintah melaksanakan penyelesaian secara berpusat, hasilnya mungkin tidak optimum kerana ia tidak semestinya dapat mengambil kira keperluan dan jadual setiap pemilik tanah yang unik,” kata beliau, sambil menambah bahawa ia adalah lebih sesuai bagi para pemilik tanah untuk melaksanakan langkah yang bersesuaian dengan operasi perniagaan mereka.
AP Dennis Tan (WP-Hougang) bertanya tentang jenis-jenis pemilik tanah swasta yang menduduki kawasan pantai dan sama ada terdapat entiti bukan perniagaan dalam kalangan mereka.
Cik Fu berkata sebahagian besar memajak tanah perindustrian daripada JTC, yang kini bekerjasama dengan PUB untuk meneroka model perolehan berpusat serta pilihan lain bagi menyokong penyewa.
Encik Tan juga bertanya sama ada terdapat penyewa perindustrian yang mempunyai tempoh pajakan yang singkat, yang boleh menjejas keupayaan mereka untuk melaksanakan langkah perlindungan pantai.
“Jika sebuah syarikat tepi laut menghadapi masalah kewangan atau pembubaran sementara dan tidak mampu membina atau menyiapkan pembinaan, adakah kita juga akan berdepan dengan risiko keselamatan awam yang tidak dapat ditangani oleh pihak berdekatan?
"Bagaimana pemerintah akan campur tangan dalam keadaan sedemikian?” tanya Encik Tan.
Cik Fu berkata PUB mempunyai kuasa untuk campur tangan dan menjalankan kerja penyenggaraan serta pembaikan bagi syarikat-syarikat yang menghadapi masalah kecairan jangka pendek dan tidak mampu menyenggara langkah-langkah perlindungan pantai mereka. PUB kemudian akan mendapatkan semula kos tersebut daripada pemilik tanah jika perlu, tambah beliau.
AP Cassandra Lee (PAP-West Coast-Jurong West) pula menyuarakan kebimbangan berhubung kitaran hayat projek yang panjang yang mungkin merangkumi beberapa pertukaran pemilikan, sambil bertanya bagaimana tanggungjawab dan kos pembaikan akan diagihkan jika kecacatan muncul selepas pertukaran pemilik.
Cik Fu berkata pemindahan tanggungjawab itu tidak berbeza daripada keadaan apabila sesebuah hartanah bertukar pemilik.
Pemilik tanah terdahulu perlu melantik seorang individu yang layak untuk mengesahkan bahawa struktur tersebut mematuhi piawaian sebelum PUB meluluskannya, tambah beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.