Pemilik rumah mungkin bayar kadar gadai janji lebih tinggi buat masa ini, kata pemerhati hartanah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Pemilik rumah di Singapura boleh menjangkakan untuk membayar kadar gadai janji lebih tinggi untuk tempoh lebih lama.
Demikian menurut segelintir pemerhati pasaran.
Buat masa ini, kadar gadai janji boleh melonjak setinggi empat peratus. Kemerosotan peratusan mata yang dijangkakan pada kadar faedah mungkin berlaku pada hujung tahun depan, bukan tahun ini.
Ini selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengurangkan kadar faedah dengan lebih perlahan daripada apa yang dijangkakan, sedang inflasi kekal tinggi.
Para pemerhati berkata lebih ramai pemilik rumah sedang beralih kepada kadar gadai janji tetap di tengah-tengah keadaan kadar faedah yang tinggi.
MENGURANGKAN HARGA SEWA
Ejen hartanah memberitahu Mediacorp bahawa ia lebih sukar untuk mencari penyewa pada masa ini, kerana terdapat lebih banyak apartmen dalam pasaran.
Tahun lalu, mereka dapat menyelesaikan urus niaga rumah sewa selepas satu sesi tinjauan.
Tahun ini, mereka menyaksikan ia mengambil purata 10 sesi tinjauan untuk mendapatkan seorang penyewa.
Ejen hartanah berkata mereka harus menyenaraikan unit untuk disewa selama sebulan. Semasa tempoh kemuncak penyewaan, tidak sukar untuk mendapatkan penyewa dengan segera.
Tuan rumah mungkin harus mengurangkan harga sewa untuk mencari penyewa, tambah mereka.
KADAR FAEDAH MUNGKIN SUDAH SAMPAI KEMUNCAKNYA
Segelintir penganalisis berkata pemilik rumah harus bertahan untuk seketika, sedang kadar gadai janji mengambil masa yang lebih lama untuk turun.
Kadar faedah mungkin akan merosot separuh peratusan mata menjelang hujung tahun ini, dan bukan peratusan mata penuh, kata seorang penganalisis.
Encik David Baey, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) platform saham gadai janji Mortgage Master, berkata terdapat banyak faktor yang harus dipertimbangkan.
"Kadar faedah tidak boleh kekal tinggi, jika dolar Singapura terus mengukuh dan mengukuhkan dengan kadar faedah yang tinggi," katanya.
"Pada masa yang sama, pasaran hartanah tidak mendapat sambutan yang baik. Jadi disebabkan permintaan dan urus niaga yang semakin berkurangan, kadar faedah tidak perlu begitu tinggi untuk menghalang orang ramai daripada membeli rumah."
Encik Baey menggalakkan pemilik rumah untuk beralih daripada kadar terapung kepada kadar tetap di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.