Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik rumah, firma ubah elok diharap faham situasi COVID-19 sebelum dibenar sambung semula kerja

Para pemilik rumah dan syarikat ubah elok diharap memahami situasi COVID-19 dan betapa pentingnya untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyambung semula kerja-kerja ubah elok.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik rumah, firma ubah elok diharap faham situasi COVID-19 sebelum dibenar sambung semula kerja

Kerja ubah elok flat HDB yang tergantung disebebkan tempoh 'circuit breaker'. (Gambar: Zaqy Mohamad/Facebok)

SINGAPURA: Para pemilik rumah dan syarikat ubah elok diharap memahami situasi COVID-19 dan betapa pentingnya untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyambung semula kerja-kerja ubah elok.

Menulis di laman Facebooknya pada Rabu(3 Jun), Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad akur bahawa sesetengah pemilik rumah mungkin tidak sabar untuk menyambung semula kerja-kerja ubah elok yang tertangguh disebabkan oleh penguatkuasaan 'circuit breaker', terutama sekali bagi kerja-kerja ubah elok separuh jalan dan mungkin juga yang hampir siap tetapi tidak dapat diteruskan akibat tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Namun memandangkan projek-projek tersebut biasanya dijalankan di estet-estet perumahan, Encik Zaqy menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu memastikan para pekerja binaan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 terlebih dahulu sebelum mereka boleh kembali bekerja. Ini demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua penduduk, di samping mencegah virus itu daripada menular sekali lagi.

Menjelaskan bagaimana perkara itu dipastikan, Encik Zaqy berkata pekerja-pekerja yang tidak tinggal di dormitori dibenarkan kembali bekerja kerana mereka sudah memenuhi tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 28 hari semasa tempoh pemutus jangkitan yang dikuatkuasakan dari 7 April hingga 1 Jun.

Walau bagaimanapun, para pekerja yang tinggal di dormitori mesti menjalani saringan dan diuji negatif sebelum dibenarkan untuk menyambung kerja.

LEBIH 5,400 PROJEK SUDAH DILULUSKAN

Setakat ini, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sudah meluluskan lebih 5,400 projek ubah elok selepas digantung semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Menurut Encik Zaqy, permohonan baru untuk projek-projek ubah elok yang diserahkan berserta dokumen-dokumen lengkap akan diluluskan dalam masa 2 hari.

KELENGAHAN MASIH BOLEH DIJANGKAKAN

Meskipun syarikat-syarikat binaan kini dibenarkan untuk menyambung semula projek-projeknya, kelengahan masih boleh dijangkakan.

Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee berkata walaupun sudah mendapat keizinan, syarikat-syarikat mungkin menghadapi masalah kekurangan tenaga manusia.

Namun, Pemerintah akan terus mendampingi persatuan-persatuan untuk meneroka cara-cara bagi mempercepatkan proses tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan