Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik restoran Zam Zam dikenakan tuduhan baru

 Pemilik restoran Zam Zam di North Bridge Road dikenakan tuduhan baru melakukan tindakan terburu-buru dan ugutan jenayah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik restoran Zam Zam dikenakan tuduhan baru

Zackeer Abbass Khan meninggalkan Mahkamah Negara pada 6 Mac 2020. (Gambar: TODAY/Yong Jun Yuan)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 10:43PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 10:45PM

SINGAPURA: Pemilik restoran Zam Zam di North Bridge Road dikenakan tuduhan baru melakukan tindakan terburu-buru dan ugutan jenayah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa diikat jamin, dan menantikan satu permohonan rayuan setelah dijatuhi hukuman kerana mengupah seorang tukang pukul untuk mengelar pesaingnya dari restoran Victory.

Zackeer Abbass Khan, 50, dikenakan dua tuduhan pada Selasa (27 Okt) dan sudah ditahan.

Dia dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Encik Amir Norman Halim pada 24 Okt di 719 North Bridge Road.

Menurut kertas tuduhan, dia berkata: "Kenapa kau lawan, Habeeb? Kalau kau lawan lagi, aku cucuk mata kau. Kalau kau sayang keluarga kau, kau kerja dengan betul. Kalau tidak, aku akan bunuh kau. Aku tak takut, kalau aku bunuh kau.Aku dah kena masuk penjara. Kalau kau lawan lagi, dalam dua hari, aku bunuh kau."

Pada hari yang sama, Khan dituduh melakukan tindakan terburu-buru dengan memandu keretanya ke arah Encik Amir sebelum tiba-tiba menekan brek, menyebabkan Encik Amir terpaksa ke berundur ke belakang.

Khan memberitahu mahkamah bahawa dia sudah diikat jamin selama lima tahun, sambil menambah bahawa dia mempunyai lima anak kecil.

"Saya tidak melakukan kesalahan lagi," katanya. "Saya hanya memandu kenderaan saya. Saya disalah tuduh. Saya ada masalah jantung. Saya ada dua stent dalam jantung. Baru sebulan lalu saya menjalani pembedahan."

Hakim mengarahkan Khan tidak diikat jamin. Dia akan kembali ke mahkamah bulan depan.

Khan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan disebat enam kali pada Mei, setelah mencabar tuduhan-tuduhan terhadapnya dalam satu perbicaraan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan