Skip to main content

Singapura

Pemilik Qiksmart didenda $1,000; bungkus semula produk makanan secara haram

Seorang wanita didenda S$1,000 di mahkamah kerana membungkus semula produk-produk makanan secara haram di sebuah premis yang tidak berlesen, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (14 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik Qiksmart didenda $1,000; bungkus semula produk makanan secara haram

Sekitar 265kg produk makanan dibungkus semula dirampas SFA di premis tersebut. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 14 Apr 2021 06:46PM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 06:47PM

SINGAPURA: Seorang wanita didenda S$1,000 di mahkamah kerana membungkus semula produk-produk makanan secara haram di sebuah premis yang tidak berlesen, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (14 Apr).

Junaidah Ahmad adalah pemilik tunggal syarikat penghantaran barangan dapur online Qiksmart.

Para pegawai SFA mendapati bahawa produk-produk makanan dibungkus semula ke dalam bekas-bekas kecil dan ditampal dengan label Qiksmart di premis tidak berlesen itu pada Julai tahun lalu.

Sekitar 265 kilogram produk-produk yang dibungkus semula seperti beras, tepung, gula, kacang, sayur-sayuran, udang kering dan ikan beku, dirampas dari Blok 10 di Ubi Crescent, unit #03-19.

"Pembungkusan semula produk-produk makanan di sebuah premis yang tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan," menurut SFA dalam kenyataan medianya.

"Di Singapura, kesemua kemudahan pembungkusan semula mesti berlesen dan perlu memenuhi syarat-syarat dan piawai keselamatan makanan SFA.

"Premis-premis berlesen itu akan diperiksa dengan kerap oleh SFA."

Sesiapa yang didapati bersalah kerana membungkus semula produk-produk makanan di premis yang tidak berlesen boleh didenda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, para pesalah boleh didenda sehingga S$10,000, dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita