Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik perniagaan dipenjara 12 minggu; tinggalkan tempat pengasingan meski diuji positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemilik perniagaan borong yang pergi ke kerja walaupun disahkan positif COVID-19 dihukum penjara 12 minggu pada Selasa (4 Okt).

Wang Shaowei, 38 tahun, meninggalkan tempat pengasingannya sebanyak 15 kali atas urusan perniagaannya, termasuk mengambil borang-borang pesanan dan mengunjungi tempat letak kereta di Ubi yang bertindak sebagai pusat borong sayur-sayuran.

Dia mengaku salah atas satu tuduhan meninggalkan tempat pengasingannya tanpa kebenaran pihak berkuasa. Lagi 14 tuduhan serupa dipertimbangkan semasa dia dijatuhi hukuman.

Rakyat Singapura itu satu-satunya pemilik perniagaan perdagangan borong yang mengendali barangan seperti minuman, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sebagai sebahagian daripada perniagaannya, Wang mengunjungi Pusat Borong Pasir Panjang secara tetap untuk membungkus barangan makanan yang akan dibawa naik ke lori-lori bagi penghantaran kepada para pelanggan.

Pada September tahun lalu, jumlah besar kes COVID-19 dikesan di pusat tersebut, sekali gus menyebabkannya ditutup selama tiga hari untuk kerja-kerja pembersihan dan usaha membasmi kuman.

Memandangkan Wang sering mengunjungi pusat tersebut atas urusan perniagaan, dia diarahkan mengambil ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) pada 29 September tahun lalu. Dia dimaklumkan keesokan harinya bahawa dia disahkan positif COVID-19.

Wang kemudian diberikan arahan pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, yang memerlukannya untuk terus berada dan diasingkan di kediamannya dari 29 September hingga 12.00 tengah hari pada 8 Oktober 2021.

Atas kesalahan meninggalkan tempat pengasingannya tanpa kebenaran, Wang boleh dipenjarakan sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

 
Sumber : CNA/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan