Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik, penghuni hartanah diingatkan supaya minta izin SCDF sebelum tukar penggunaan premis

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik, penghuni hartanah diingatkan supaya minta izin SCDF sebelum tukar penggunaan premis

Gambar: SCDF

Diterbitkan : 04 Apr 2022 10:17PM Dikemas Kini : 04 Apr 2022 10:17PM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengingatkan para pemilik dan penghuni hartanah supaya mendapatkan kelulusan pihaknya terlebih dahulu jika mereka ingin menukar kegunaan mana-mana premis.

Empat pemilik atau penghuni hartanah disaman tahun lalu kerana melanggar Akta Keselamatan Kebakaran dengan menukar kegunaan kawasan tempat letak kenderaan di premis mereka tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu, menurut SCDF dalam kenyataan medianya pada Isnin (4 April).

"Tindakan mahkamah sudah diambil terhadap mereka sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas premis masing-masing kerana ia adalah kes-kes serius dan mereka didenda antara S$3,500 hingga S$4,000," menurut SCDF.

Di bawah Akta Keselamatan Kebakaran, sijil keselamatan kebakaran mesti diperolehi sebelum premis-premis itu boleh dihuni atau digunakan.

Pemilik atau penghuni hartanah mesti mendapatkan orang yang berkelayakan atau bertauliah untuk menyiapkan dan menyerahkan pelan perubahan penggunaan untuk mendapatkan kelulusan SCDF seorang pemeriksa berdaftar mesti memeriksa dan meneliti kerja-kerja keselamatan kebakaran yang sudah siap.

Apabila perubahan penggunaan yang tidak dibenarkan dikesan, maka notis kesalahan akan dikeluarkan kepada orang yang bertanggungjawab.

Mereka akan diminta untuk membetulkan pelanggaran keselamatan kebakaran "dengan mengembalikan semula kawasan yang terjejas kepada penggunaan asal", menurut SCDF.

"Ataupun mereka boleh mendapatkan khidmat (orang yang bertauliah) untuk memberi nasihat mengenai syarat-syarat keselamatan kebakaran yang mesti dipatuhi untuk mengubah penggunaan kawasan terjejas kepada tujuan lain," menurut SCDF.

SCDF juga "memandang serius" terhadap sebarang perubahan penggunaan tanpa mendapatkan kebenarannya kerana ia adalah satu kesalahan yang boleh meningkatkan risiko berlaku kebakaran dan menghalang laluan kecemasan. Ini akan membahayakan nyawa apabila berlaku kebakaran, menurut SCDF.

Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan keselamatan kebakaran boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga enam bulan, atau dihukum kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan-kesalahan serius, orang yang bertanggungjawab boleh didenda sehingga S$200,000, dipenjara sehingga 24 bulan, atau dihukum kedua-duanya sekali.

Bagi kes kesalahan berulang pula, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan walaupun selepas disabit kesalahannya.

SCDF juga boleh menggunakan kuasanya untuk menutup premis-premis tersebut buat sementara waktu.

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa