Skip to main content

Singapura

Pemilik kucing jual motosikal demi tampung kos rawatan haiwan peliharaannya

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik kucing jual motosikal demi tampung kos rawatan haiwan peliharaannya

(Gambar: Facebook/ Sayang Our Singapore’ Community Cats)

SINGAPURA: Ramai orang menganggap haiwan peliharan mereka sebagai sebahagian anggota keluarga. Ia boleh membawa kegembiraan dan kadangkala melegakan tekanan. Namun ia datang dengan tanggungjawab yang besar.

Memiliki seekor haiwan peliharaan merupakan satu komitmen dari segi kewangan dan gaya hidup seseorang. Kos pembiayaan menjaga haiwan peliharaan juga tinggi dan dalam dalam beberapa kes, terlalu berat untuk ditanggung.

Bagi seorang pemilik kucing ini, beliau terpaksa menjual motosikalnya untuk membiayai rawatan kucingnya.

Kucing tersebut mempunyai masalah membuang air kecil dan memerlukan alat kateter. Pada Khamis (20 Okt), pemilik kucing itu berkongsi keadaannya dalam kumpulan 'Sayang Our Singapore’ Community Cats' di Facebook.

Menurutnya, kucing berusia 16 tahun itu mempunyai tumbuhan pada pundinya, menyebabkan komplikasi ketika membuang air kecil. Kucing itu menggunakan alat kateter namun tidak pasti berapa lama beliau dapat menampung pembayaran bagi alat tersebut.
Oleh itu, pemilik berkenaan terpaksa menjual motosikalnya demi menampung kos rawatan.

Dalam catatan Facebooknya, beliau merayu kepada sesiapa yang berminat membeli motosikalnya yang bernilai sekitar S$12,000.

Namun, pemilik kucing itu menekankan beliau berkongsi keadaan kucing kesayangannya itu bukan untuk mendapatkan derma. Sebaliknya hanya sekadar cara untuk mengumpul dana bagi rawatan kucingnya.


Menurut doktor haiwan, rawatan itu akan menelan belanja antara S$3,000 dengan S$5,000 dan pemilik kucing tersebut sudah berbelanja S$2,000 untuk membeli alat kateter.

Mungkin kerana simpati, beberapa warga siber meminta nombor akaun beliau supaya mereka dapat memberi bantuan, namun beliau menolak, lalu berkata cara mengongsikan catatan beliau kepada orang ramai sudah mencukupi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita