Pemilik kenderaan berat saran lebih banyak tempat mengecas, kos pengecas lebih rendah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Syarikat bas sewa privet Westpoint Transit mempunyai empat kenderaan berat elektrik dalam kalangan 60 kenderaannya setelah memilih untuk beralih ke kenderaan hijau pada awal 2019.
Ini membolehkannya menjimatkan sekitar 40 peratus kos diesel setiap tahun.
Tetapi untuk menjadi mesra alam ia berdepan dengan cabaran – bas elektrik berharga antara S$90,000 dan S$500,000 sebelum Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), bergantung kepada saiznya.
Setakat ini, firma tersebut telah membelanjakan kira-kira S$900,000 untuk kenderaan elektriknya.
Atas sebab ini, ia termasuk dalam kalangan pemain industri yang menyambut baik pengumuman pemerintah pada awal bulan ini.
Mulai tahun depan, pemilik kenderaan berat baharu yang elektrik sepenuhnya akan menerima insentif S$40,000 bagi setiap kenderaan, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor dalam perbahasan Jawatankuasa Perbuntukan kementeriannya pada 5 Mac.
Ia akan dibahagikan sepanjang tempoh tiga tahun: S$13,000 pada setiap dua tahun pertama, dan S$14,000 pada tahun ketiga.
Pemerintah juga akan memberikan subsidi bagi kos pengecas di bawah Geran Pengecas Kenderaan Berat Elektrik baharu, dengan pemilik boleh mendapat pembiayaan bersama sehingga S$30,000 bagi setiap pengecas.
Ini selaras dengan usaha Singapura untuk menggalakkan kenderaan menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040.
Namun, pemilik kenderaan berat memberitahu Mediacorp bahawa mereka memerlukan lebih banyak tempat pengecasan. Mereka juga berharap kos pemasangan pengecas lebih rendah untuk kenderaan elektrik mereka, walaupun dengan pembiayaan bersama pemerintah.
KOS “TINGGI”
Firma-firma yang menggunakan geran baharu mesti memasang pengecas di tempat perniagaan mereka, dengan maksimum tiga pengecas untuk setiap lokasi syarikat.
Bagaimanapun, pengarah Westpoint Lionel Lee berkata bahawa kaedah infrastruktur mengecas di Singapura – pengecas pantas arus terus – lebih mahal untuk dipasang. Ini disebabkan oleh keperluan untuk menarik kuasa yang lebih tinggi daripada grid tenaga.
"Ini, sekurang-kurangnya untuk Westpoint, dengan sebahagian besar kos disebabkan oleh keperluan ini," tambahnya.
“Setahu saya, ini boleh menelan belanja antara S$300,000 hingga S$500,000 jika anda perlu bekerjasama dengan pembekal grid tenaga untuk memasang dan menyambung kabel untuk kami.”
Kos ini "agak mahal" kerana syarikat kami kecil, kata Encik Lee.
Pengecas pantas arus terus mempercepatkan masa pengecasan. Sebagai contoh, ia akan mengambil masa kira-kira dua setengah jam untuk mengecas bas elektrik saiz sederhana, manakala ia akan mengambil masa lapan jam untuk melakukannya menggunakan pengecas perlahan.
Mempunyai lebih banyak tempat mengecas sedemikian akan memberi kesan kepada perancangan syarikat, kata Encik Lee.
"Sekiranya saya mempunyai lebih banyak bas ini tetapi tidak banyak pengecas, ia memerlukan bas saya dicas sepenuhnya, dan kemudian meninggalkan tempat mengecas sebelum bas seterusnya masuk," katanya lagi.
“Semua faktor ini masuk ke dalam penggiliran bas dan jadual pemandu bas kami, kerana mereka hanya boleh mengecas … selepas perjalanan mereka, supaya mereka kemudian boleh mengecas bas sepenuhnya dan bersedia untuk keesokan hari.”
Selain itu, bas elektrik saiz sederhana atau besar tidak boleh dicas di stesen minyak Shell seperti bas kecil, yang boleh menggunakan pengecas EV penumpang.
Encik Lee berkata ini mengurangkan bilangan tempat mengecas yang tersedia untuk pemandu.
“Lazimnya, (tempat pengecasan ini) terletak di kawasan perindustrian berat, contohnya di Tuas. Apabila anda perlu memandu dalam jarak yang panjang, ia juga menambahkan tahap keletihan pemandu bas dan menjejas jadual kami,” tambahnya.
Disebabkan itu, syarikat tersebut tidak mempunyai bas elektrik yang besar.
MASALAH MENGECAS
Bagi Teambuild Construction Group, pengurus logistiknya Garry Koh berkata syarikatnya juga bimbang tentang rangkaian tempat mengecas yang tersedia di seluruh negara.
Firma binaan itu, yang kebanyakannya terlibat dalam projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), memiliki kira-kira 20 hingga 30 kenderaan berat tetapi tidak mempunyai kenderaan elektrik sepenuhnya.
"Oleh kerana kami tidak mempunyai tempat mengecas di (tapak binaan), lori kami perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Jadi apabila mereka perlu mengecas, mereka perlu kembali ke gudang kami untuk mengecas," kata Encik Koh.
“Lantaran itu, untuk pengecas biasa, (ia) akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengecas dalam tempoh lima jam ini, pemandu kami perlu menunggu di sana.
Beliau juga menegaskan bahawa kenderaan berat elektrik berharga 20 peratus lebih tinggi daripada kenderaan tradisional, yang akan menelan belanja sekitar SS$50,000, manakala kenderaan yang dicas penuh hanya boleh melakukan perjalanan sehingga 200km - separuh daripada kenderaan berat diesel.
Namun begitu, Encik Koh berkata terdapat faedah jangka panjang untuk menjadi hijau, seperti kos penyenggaraan yang lebih rendah dan harga diesel.
Syarikat itu kini sedang berusaha untuk memanfaatkan insentif pemerintah dan membeli sehingga lima kenderaan berat elektrik mulai tahun depan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.