Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik kedai telefon didenda; daftar, jual semula kad SIM prabayar tanpa kebenaran pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik kedai telefon didenda; daftar, jual semula kad SIM prabayar tanpa kebenaran pelanggan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Etienne Laurent)

SINGAPURA: Seorang pemilik kedai telefon bimbit didenda S$21,000 oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) atas kesalahan menggunakan butiran peribadi pelanggan untuk mendaftar dan menjual semuka kad SIM prabayar tanpa kebenaran pelanggan.

Kes Neo Yong Xiang, pemilik kedai Yoshi Mobile, adalah yang pertama di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) melibatkan penyalahgunaan besar data peribadi untuk menjual semula kad SIM prabayar untuk keuntungan sendiri, menurut pihak berkuasa pada Khamis (10 Mac).

Dia akan didakwa di mahkamah hari ini (11 Mac) atas kesalahan menyalahgunakan sistem komputer yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan untuk melakukan jenayah penipuan.

PDPC sebelum ini menerima aduan mengenai
iklan hartanah melalui mesej telefon bimbit yang dikirimkan kepada mereka yang sudah mendaftar nombor telefon dengan daftar Jangan Hubung (Do Not Call), menurut PDPC dan polis dalam satu kenyataan bersama.

Semasa siasatan, ia mendedahkan bahawa beberapa mesej dihantar melalui kad SIM yang sudah didaftarkan melalui kedai Yoshi Mobile.

PDPC mendapati bahawa Neo sudah melanggar PDPA.

Polis sudah menjalankan siasatan selari ke atas kemungkinan kesalahan berkaitan penipuan kerana Neo "disyaki sudah menyalahgunakan sistem komputer mengandungi maklumat peribadi pelanggan."

Neo akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (11 Mac) atas dua tuduhan penipuan.


Kesalahan menipu di bawah Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menggunakan komputer untuk melakukan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $50,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan