Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik kedai e-skuter didakwa menunggang PMD di jalan raya

Pemilik kedai yang menjual skuter elektrik didakwa di mahkamah pada Khamis (1 Ogos) kerana menunggang e-skuter di jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik kedai e-skuter didakwa menunggang PMD di jalan raya

(Gambar: Tobias Schwarz/AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2019 06:54PM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 06:57PM

SINGAPURA: Pemilik kedai yang menjual skuter elektrik didakwa di mahkamah pada Khamis (1 Ogos) kerana menunggang e-skuter di jalan raya.

Samuel Tan Woon Yeow, 37 tahun, pemilik Synergy Scooters, didakwa atas satu tuduhan menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) di Lim Chu Kang Road menuju ke Jalan Bahar selepas tengah malam pada 6 Jul.

Menunggang PMD di jalan raya adalah satu kesalahan, dengan beberapa pengecualian.

Mahkamah diberitahu Tan dikesan menunggang e-skuternya "dengan amat laju" oleh seorang pegawai polis trafik yang sedang melakukan rondaan.

Tan diminta berhenti dan e-skuternya didapati seberat 48.28 kilogram, lebih seganda daripada berat yang dibenarkan.

Menurut pendakwa dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kes tersebut juga sedang disiasat polis trafik, dan Tan mungkin akan menghadapi tuduhan tambahan.

Tan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan