Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik butik Far East Plaza didenda $3,000; tidak pakai pelitup semasa Facebook Live

Seorang pemilik butik yang berulang kali tidak memakai pelitup semasa menganjurkan penstriman secara langsung dari kedainya di Far East Plaza didenda S$3,000 pada Khamis (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik butik Far East Plaza didenda $3,000; tidak pakai pelitup semasa Facebook Live

Pemilik butik Nimisski, Niki Han. (Gambar fail: Facebook/Nimisski)

SINGAPURA: Seorang pemilik butik yang berulang kali tidak memakai pelitup semasa menganjurkan penstriman secara langsung dari kedainya di Far East Plaza didenda S$3,000 pada Khamis (2 Jun).

Niki Han Jiayi, 34 tahun, mengaku bersalah atas tiga tuduhan gagal memakai pelitup apabila berada di luar rumahnya. Lagi 18 tuduhan serupa turut dipertimbangkan semasa menjatuhakn hukuman.

Han bekerja di kedai pakaian Nimisski bagi kesemua 21 insiden yang dicatatkan dalam tuduhan-tuduhan tersebut, yang berlaku antara 20 Sep 2020 dengan 21 Okt 2020.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dimaklumkan tentang kesalahan-kesalahan itu melalui laporan maklumat. Dokumen-dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan siapakah pemberi maklumat tersebut.

STB kemudian menjalankan pemeriksaan online ke atas video-video yang disiarkan melalui penstriman Facebook Live dari kedai Han bagi mempromosikan barangan-barangan yang dijual di kedainya.

Dalam video-video berkenaan, Han dilihat berbual-bual dengan para pelanggannya tanpa memakai pelitup bagi tiga insiden melibatkan tuduhan-tuduhan tersebut.

Dalam salah satu insiden tersebut, dia juga dilihat memperagakan baju dres dan mempromosikan secara lisan tanpa berpelitup.

Bagi setiap tuduhan gagal memakai pelitup semasa berada di luar tempat kediaman tanpa alasan munasabah, Han boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan