Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemikiran rekaan yang baik sebab utama kejayaan S'pura ke dunia pertama

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemikiran rekaan yang baik adalah sebab utama kejayaan Singapura dalam perjalanannya dari dunia ketiga ke dunia pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2018 10:49PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 11:56PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemikiran rekaan yang baik adalah sebab utama kejayaan Singapura dalam perjalanannya dari dunia ketiga ke dunia pertama.

Bercakap di Forum Menteri yang pertama di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), PM Lee berkata kini tiba masanya untuk membangunkan dan membayangkan semula Singapura dengan membuka tapak-tapak tanah yang baru.

Misalnya, pemindahan Pangkalan Udara Paya Lebar ke Changi, yang disifatkan sebagai satu "langkah transformatif" mungkin mengambil masa lebih 15 tahun.

Namun, Encik Lee menekankan ini akan membuka ruang tanah lebih 800 hektar untuk pembangunan semula, lebih besar daripada kawasan Ang Mo Kio.

Beliau menambah apabila pangkalan udara itu dipindahkan had ketinggian bangunan di bahagian timur Singapura boleh ditarik balik dan kawasan itu boleh dibangunkan semula secara bertahap-tahap. 

Sumber : CNA/EM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan