Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah, usahawan perlu bekerjasama pastikan S'pura terus berdaya saing - Chan Chun Sing

Mencari jalan keluar mengatasi cabaran dalam dunia perniagaan tidak harus dibiarkan menjadi tanggungjawab sepihak. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2019 07:58PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:12PM

SINGAPURA: Mencari jalan keluar mengatasi cabaran dalam dunia perniagaan tidak harus dibiarkan menjadi tanggungjawab sepihak.

Sebaliknya, pemerintah dan para usahawan perlu bekerjasama lebih rapat bagi memastikan negara ini terus berdaya saing.

Ini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, juga pandangan Singapura terhadap tadbir urus negara, pada masa akan datang.

Berucap kepada lebih 200 pemimpin sektor awam dan swasta di satu majlis penyampaian anugerah, Encik Chan berkata para usahawan dan pemerintah perlu saling memahami.

Beliau percaya, tiada kemajuan dapat dicapai sekiranya peniaga sekadar memberi maklum balas dan kemudian menunggu pemerintah memberi jalan keluar.

"Pendekatan Singapura adalah apabila kita mengenal pasti sesuatu masalah, tidak kira ia dibangkitkan pemerintah atau peniaga, kita akan bersatu untuk menghuraikannya kerana kita sepasukan. Para usahawan perlu memahami kepentingan orang awam yang pelbagai dan perlu dilindungi pemerintah. Tugasnya akan menjadi lebih rumit apabila ada percanggahan kepentingan," menurut Encik Chan Chun Sing.

Persekutuan Perniagaan Singapura akur dengan pendekatan itu tetapi ia juga menggesa pemerintah supaya terus memastikan persekitaran perniagaan Singapura kekal kompetitif dalam bidang-bidang yang belum dikawal selia.

Lebih 2,000 saranan diterima Panel Pro-Perusahaan (PEP) sejak ia ditubuhkan pada tahun 2000.

Panel itu proaktif mendapatkan maklum balas para peniaga untuk menyemak peraturan, mengurangkan kos pematuhan dan menyokong daya inovasi baru.

Lebih 1,000 saranan sudah dipertimbangkan untuk merubah peraturan yang ada.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan