Pemerintah tolak usul AP pembangkang semak semula proses tentukan sempadan kawasan undi
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri bertanggungjawab Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing mengulangi bahawa Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) berkhidmat demi kepentingan pengundi, bukan parti-parti politik.
SINGAPURA: Anggota Parlimen pembangkang pada Rabu (7 Ogos) menggesa agar cara sempadan kawasan undi ditentukan diubah sambil menuduh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sengaja memanipulasi sistem dengan niat memberi kelebihan kepada parti sendiri.
Perkara ini dibahaskan dalam usul yang dibentangkan Parti Kemajuan Singapura (PSP) di parlimen.
Salah satu perubahan yang diusulkan termasuk melantik seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mempengerusikan jawatankuasa semakan.
Saranan-saranan itu ditolak Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing, yang sekali lagi menekankan bahawa Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) berkhidmat demi kepentingan pengundi, dan bukannya parti-parti politik.
"Pemerintah akan membantah usulan tersebut memandangkan ia berlandaskan andaian tidak benar, selain mendakwa bahawa proses semakan sempadan kawasan undi serta pegawai awam yang berkhidmat, selama ini tidak bersikap telus atau adil," tegas Encik Chan, yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
"Namun kami memberi jaminan kepada semua orang bahawa kami akan terus mengubah proses pilihan raya untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi kepada terutama sekali rakyat Singapura."
Setiausaha Agung PSP Hazel Poa kemudian mengemukakan permintaan pembahagian undi dilaksanakan, dan Dewan mengundi dengan 76 Anggota Parlimen (AP) menolaknya sementara 10 yang mewakili parti pembangkang – lapan AP daripada Parti Pekerja (WP) dan dua Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada PSP, menyokong.
TUDUHAN MANIPULASI SEMPADAN KAWASAN UNDI
Dalam ucapannya, Cik Poa berkata bahawa tindakan memanipulasi sempadan pilihan raya dengan niat memberikan kelebihan kepada parti sendiri, adalah "satu perbuatan tidak menghormati pengundi".
"(Perbuatan) itu bagaikan satu jalan keluar mudah untuk meminda peraturan dan bukannya bekerja keras untuk membuat keadaan lebih baik, berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan menjadi lebih responsif kepada keperluan pengundi," ujar Cik Poa, seorang NCMP.
"Keprihatinan sebenar pengundi tidak ditangani dan rasa hormat terhadap pengundi luntur. Ini sama sekali tidak dapat diterima dan kami harus mengurangkan kemungkinan berlaku manipulasi dalam sistem kami."
Ketua Pembangkang Encik Pritam Singh mendakwa bahawa PAP sudah berdekad-dekad lamanya memperoleh kelebihan politik dari cara sempadan kawasan undi ditetapkan dan disemak semula.

Encik Singh menyebut tentang bagaimana tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di mana PAP sebelumnya menang tipis - di mana WP juga bertanding - dirangkumkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) pada 2015.
Menjawab, Encik Chan berkata EBRC - yang masih belum bersidang bagi Pilihan Raya akan datang - berfungsi secara bebas dan objektif.
"Pertama sekali, EBRC tidak mempunyai akses kepada maklumat mengundi dan maka itu, tidak mengemukakan saran berdasarkan corak mengundi," katanya.
"EBRC tidak berunding dengan PAP atau sebarang parti politik lain. Politik parti tidak wujud dalam urusan ini.
"EBRC terdiri daripada penjawat awam kanan yang tidak terikat dengan mana-mana parti. Lantaran itu, tidak seperti negara lain di mana parti politik terlibat dalam proses menentukan sempadan, komposisi dan proses EBRC tidak bersangkut-paut dengan parti-parti politik.
"Maka itu, kami tidak berkompromi atau memanipulasikan apa-apa seperti yang dilakukan di negara lain."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.