Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah tinjau 'perhalusi lagi' rangka kerja Pas Pekerjaan: MOM

Pemerintah sedang meninjau bagaimana untuk memperhalusi lagi rangka kerja Pas Pekerjaan (EP) Singapura, umum Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (22 Okt) sebagai respons kepada laporan bagi sokongan pekerjaan lebih baik bagi golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah tinjau 'perhalusi lagi' rangka kerja Pas Pekerjaan: MOM

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 01:42PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 01:44PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang meninjau bagaimana untuk memperhalusi lagi rangka kerja Pas Pekerjaan (EP) Singapura, umum Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (22 Okt) sebagai respons kepada laporan bagi sokongan pekerjaan lebih baik bagi golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME).

Laporan oleh pasukan bertindak PME itu dikeluarkan pada Khamis, mengandungi sembilan saranan untuk memperbaiki pekerjaan dan daya kerja PME tempatan.

Antaranya adalah usulan untuk memperkenalkan bantuan pendapatan untuk PME yang menganggur, dan membezakan akses pekerja asing mengikut pekerjaan, dengan akses bagi pekerjaan yang ada "kepentingan strategik" mempunyai lebih ramai PME tempatan.

Laporan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF) itu juga menyarankan diperkukuh penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat yang melaksanakan amalan tidak adil selain meningkatkan sokongan bagi PME untuk maju dalam kerjaya mereka atau membantu mereka yang tidak bekerja untuk beralih ke "pekerjaan yang bermakna".

Pemerintah menyatakan cadangan-cadangan tersebut akan dipertimbangkan dalam semakan yang sedang dilakukannya terhadap dasar tenaga kerja, rangka kerja keadilan di tempat kerja, dan daya usaha sokongan pekerjaan.

"Kami sedang meninjau cara memperhalusi lagi rangka kerja Pas Pekerjaan untuk mencapai objektif membangunkan kumpulan pekerja warga Singapura yang kuat, dilengkapi dengan tenaga kerja asing yang pelbagai," kata MOM.

"Cadangan pasukan bertindak itu akan dipertimbangkan, dan perincian lanjut akan diumumkan pada satu masa kelak."

Berhubung keadilan di tempat kerja, Jawatankuasa Tiga Pihak untuk Keadilan di Tempat Kerja mendapati undang-undang adalah langkah selanjutnya dan akan mengkaji saranan yang dikemukakan oleh pasukan bertindak PME dalam merancang rangka undang-undang, menurut kementerian itu.

MOM menambah bahawa Pemerintah akan mempertimbangkan cadangan pasukan bertindak dalam menyemak langkah-langkah sokongan untuk pekerja tempatan.

"Membantu penduduk tempatan mendapat akses kepada peluang menjadi keutamaan Pemerintah, terutama memandangkan kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan pasaran buruh. Majlis Pekerjaan Nasional telah menerajui usaha nasional untuk menyatukan peluang pekerjaan dan kemahiran di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan