Pemerintah tidak sasar individu, pertubuhan kerana bantah hukuman mati, tegas MHA
Anggaran Waktu Membaca:

Kokila Annamalai. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan pada Khamis (31 Okt) bahawa ia tidak menyasarkan individu atau pertubuhan yang menentang hukuman mati.
Tetapi apabila kenyataan palsu dibuat mengenai dasar pemerintah, yang menjadi kepentingan awam yang penting, maka penting untuk pembaca mengetahui bahawa apa yang mereka baca boleh dianggap sebagai kenyataan palsu oleh pemerintah, menurut MHA.
MHA menegaskan demikian semasa menjawab pertanyaan Mediacorp selepas aktivis Kokila Annamalai berkata bahawa beliau tidak akan mematuhi arahan pembetulan bagi catatannya di Facebook dan X pada 2 Okt dan 3 Okt.
Catatan-catatan Cik Kokila Annamalai secara palsu menyatakan bahawa "pemerintah menjadualkan dan mengekalkan pelaksanaan hukuman dengan sewenang-wenangnya dan tanpa mengambil kira proses undang-undang yang sewajarnya, dan pemerintah tidak menanggung beban undang-undang untuk membuktikan sesuatu tuduhan mengedar dadah terhadap orang yang dituduh", menurut MHA.
Menurut MHA, ia sudah merujuk Cik Cik Kokila Annamalai ke Pejabat POFMA (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online) untuk disiasat kerana enggan mematuhi arahan tersebut.
Mematuhi arahan pembetulan tidak melibatkan menurunkan kenyataan palsu asal, jelas MHA. Sebaliknya, kedudukan dan pendirian pemerintah dikaitkan dengan kenyataan asal melalui notis pembetulan. Ini untuk memaklumkan pembaca dan membolehkan mereka untuk membuat pertimbangan sendiri tentang kebenaran dan kepalsuan.
Jika pemerintah mengambil pendirian yang tidak boleh dipertahankan, maka kewibawaan dan kredibiliti pemerintah akan terjejas, tambah MHA. Sekiranya penulis percaya bahawa dia tidak mengeluarkan kepalsuan, maka Perintah POFMA juga boleh dicabar di mahkamah.
"Kenyataan palsu Cik Kokila Annamalai adalah berhubung sistem keadilan jenayah. Niat beliau adalah untuk melemahkan keyakinan orang ramai terhadap institusi-institusi awam, khususnya sistem keadilan jenayah. Beliau berhak untuk berbuat demikian, jika ia berdasarkan fakta," tegas MHA.
"Tetapi jika beliau berbuat demikian berdasarkan kepalsuan, pemerintah berhak untuk memberikan respons yang sewajarnya."
Ia menambah bahawa Transformative Justice Collective (TJC), sebuah kumpulan aktivis yang berkempen menentang hukuman mati dan yang telah bekerjasama dengan Cik Kokila Annamalai, telah menyampaikan kepalsuan yang sama pada masa lalu.
Lantaran itu, pemerintah berhak di bawah undang-undang untuk mengarahkan Cik Cik Kokila Annamalai untuk menyatakan bahawa kenyataannya telah dikenakan Perintah POFMA.
MHA menegaskan bahawa tindakan sedemikian "menggalakkan ketelusan, dan perdebatan berdasarkan fakta".
"Apa yang Cik Kokila Annamalai katakan ialah beliau seolah-olah boleh menyatakan dan menyebarkan kepalsuan, untuk mengelirukan orang ramai (dan dengan itu dibenarkan untuk menjejaskan kepentingan awam) tanpa orang ramai dimaklumkan tentang kepalsuannya dengan cara yang berkesan," tambah MHA.
"TJC (yang memuat naik kepalsuan) sudahpun mematuhi Perintah POFMA. Cik Kokila Annamalai, yang memuat naik semula catatan TJC, telah memilih untuk mengabaikan arahan walaupun sudah berulang kali diingatkan. Beliau juga tidak berusaha untuk mencabar Perintah itu secara sah."
Bercanggah dengan apa yang digambarkan oleh Cik Kokila Annamalai, Perintah POFMA yang dikeluarkan terhadapnya tidak menghalangnya daripada berkongsi pandangannya. Ini kerana pembaca masih boleh membaca catatan asalnya, menimbangkan penjelasan pemerintah dan membuat kesimpulan mereka sendiri.
"Cik Kokila Annamalai dengan jelas lebih suka pembaca hanya membaca kepalsuannya sahaja," menurut MHA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.