Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah tidak pandang ringan isu keharmonian kaum, agama di S'pura

Pemerintah tidak mengambil ringan isu keharmonian kaum dan agama. Berucap di Persidangan Antarabangsa mengenai Asia Selatan, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo berkata campur tangan pihak berkuasa diperlukan bagi mengekalkan kepelbagaian budaya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Sep 2019 07:38PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 09:31PM

SINGAPURA: Pemerintah tidak mengambil ringan isu keharmonian kaum dan agama.

Berucap di Persidangan Antarabangsa mengenai Asia Selatan, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo berkata campur tangan pihak berkuasa diperlukan bagi mengekalkan kepelbagaian budaya.

Cik Teo turut menyentuh tentang dunia digital yang semakin tidak menentu sekarang.

Mengambil contoh bagaimana media sosial memainkan peranan dalam serangan perkauman di Christchurch dan El Paso, Texas, baru-baru ini, Cik Teo menegaskan peri pentingnya keharmonian masyarakat dalam negara yang muda seperti Singapura.

Cik Teo menambah usaha berterusan boleh mengekang ketegangan antara kaum dan agama.

Pemerintah kata beliau, tidak mahu menghalang perbincangan dan perdebatan mengenai kaum dan agama.

Namun perbincangan perlu dilakukan dalam suasana saling hormat menghormati dan sensitif kepada perasaan satu sama lain.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan