Pemerintah tiada rancangan cuba skim kerja 4 hari seminggu untuk sektor awam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah tiada rancangan melakukan percubaan bagi skim bekerja empat hari seminggu untuk sektor awam.
Pengesahan itu dibuat sebagai menjawab soalan di Parlimen, sama ada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berniat menjalankan percubaan sedemikian.
Menteri Negara MOM, Gan Siow Huang menjelaskan pada Selasa (13 Sep), peraturan bekerja 4 hari seminggu mungkin sukar diterapkan untuk semua syarikat.
"Sektor dan bidang tugas berbeza mempunyai keperluan berbeza dan mungkin tidak dapat mengamalkan aturan kerja fleksibel yang serupa. Peraturan bekerja empat hari seminggu berjaya untuk sebilangan syarikat, tempat, pekerjaan tertentu, tapi tidak bagi yang lain.
"Jadi, kami alu-alukan golongan majikan dan pekerja, baik dalam sektor swasta ataupun awam, untuk mencuba aturan kerja fleksibel yang difikirkan paling sesuai untuk tempat kerja masing-masing," kata Encik Gan Siow Huang.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.