Pemerintah tetap akan lakukan apa yang betul dan wajar, sekalipun perlu tanggung padahnya: PM Wong
Pemerintah tetap akan lakukan apa yang betul dan wajar, sekalipun perlu tanggung padahnya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah tetap akan lakukan apa yang betul dan wajar, sekalipun perlu tanggung padahnya.
Demikian menurut Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini (3 Okt) selepas mantan menteri pengangkutan S Iswaran dijatuhi hukuman penjara selama setahun.
Encik Iswaran, 62 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan kerana memperolehi hadiah bernilai sekitar S$403,300 sepanjang tujuh tahun.
Kesemua hadiah itu diberikan oleh dua usahawan yang dia anggap sebagai kawan.
"Kami akan lakukan perkara yang betul dan wajar demi Singapura dan rakyat Singapura, tidak kira padah yang perlu ditanggung atau kesedihan yang dirasai apabila seorang rakan sekerja dan kawan dijatuhi hukuman penjara," kata Encik Wong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat petang tadi.
Beliau menzahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap bagaimana kerjaya politik Iswaran berakhir.
PM Wong menarik perhatian kepada sumbangan Iswaran: Sebagai seorang Anggota Parlimen selama 25 tahun, serta pelantikannya di Kabinet, memimpin tiga kementerian - perhubungan dan penerangan, pengangkutan dan perdagangan dan perusahaan.
"Namun sumbangannya pada masa lalu tidak memperbetulkan apa yang salah," kata Encik Wong.
"Sebagaimana perit pun untuk mengambil tindakan terhadap seorang rakan sekerja dan teman, ia adalah tugas kami untuk lakukan sedemikian apabila ia wajar. Sistem pemerintah kami dan politik harus sentiasa kekal bersih dan bebas rasuah."
Beliau menambah bahawa mereka yang diamanahkan dengan perkhidmatan awam "mesti berpegang teguh pada piawai integriti tertinggi dan tingkah laku mereka harus tanpa cacat cela."
"Ia adalah sangat penting dan tidak boleh dirunding sama sekali," kata Encik Wong.
Beliau menarik perhatian bahawa tiada sistem politik yang bebas daripada "kelemahan manusia" dan dari masa ke masa, "sesetengah individu termakan hasutan dan mula menyeleweng".
Namun perbuatan mereka lambat laun akan terbongkar, kata Encik Wong, dan mereka akan dipertanggungjawabkan.
HUKUMAN ISWARAN
Sebahagian besar daripada tuduhan ke atas Iswaran adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Jenayah, di mana Encik Wong berkata "ia secara khusus bagi kesalahan rasuah dan bentuk amalan rasuah yang lain melibatkan pegawai awam".
"Mahkamah menyatakan inti pati kesalahan di bawah Seksyen 165 adalah ia menjejas kepercayaan dan integriti institut-institut awam menerusi tanggapan bahawa pegawai awam boleh diumpan dengan tawaran barangan berharga oleh individu-individu yang berminat," katanya.
"Lebih tinggi jawatan pegawai itu, lebih serius kesalahan yang dilakukan dan kesannya terhadap kepentingan awam."
Hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan terhadap Iswaran pula lebih lama daripada tempoh yang dimohon oleh pihak pendakwa.
Selepas menimbangkan kenyataan yang diserahkan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembela, Hakim Vincent Hoong berkata beliau "tidak dapat bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh kedua-dua pihak".

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.