Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah teroka kaedah jimat kos R&D; bantu firma lebih mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2022 08:25PM Dikemas Kini : 30 Mar 2022 08:57PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang meneroka cara-cara untuk mengurangkan kos Kajian dan Pengembangan (R&D) dalam membantu syarikat-syarikat menjadi lebih mesra alam. 

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, proses R&D biasanya memakan masa yang lama dan memerlukan modal yang tinggi. 

"Ia adalah perkara besar bagi kami kerana kami percaya bahawa bagi fasa pemerintah seterusnya, penglibatan masyarakat dan perniagaan bersama para penggubal dasar adalah penting kerana masa untuk melakar dasar-dasar baru semakin kurang dan kami perlu mencari huraian-huraian berkesan dalam tempoh lebih singkat," menurut Cik Fu.

Semasa lawatannya ke sebuah syarikat perunding cara yang membantu perniagaan-perniagaan menjadikan operasi mereka lebih mesra alam dengan penggunaan teknologi, Cik Fu menarik perhatian kepada pelbagai skim yang disediakan bagi pihak perniagaan melabur dalam teknologi cekap tenaga demi mengurangkan kos operasi. 

Ini termasuk Dana Kecekapan Tenaga yang ditawarkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 

Pada bulan depan, pembiayaan bagi dana itu akan dinaikkan dari 50 kepada 70 peratus.

Sebuah syarikat pemula pertanian menyatakan, skim sedemikian membantu syarikat-syarikat menjadi lebih mampan. 

Contohnya, jumlah air yang digunakan oleh sistem perairan di syarikat Sustenir bagi menanam sayur-sayuran adalah 95 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.

Malah huraian robotik juga membantu dalam proses pembenihan dan pemindahan.

Sumber : CNA/AI/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan