Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah teroka adakan prasekolah dekat tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2022 08:19PM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 08:47PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang menimbangkan kemungkinan mengadakan pusat prasekolah berdekatan tempat kerja.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling berkata cabaran tenaga manusia dan prasarana bermakna tidak semua keluarga akan mempunyai prasekolah berdekatan rumah mereka.

Beliau memberikan respons itu kepada saranan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Hany Soh di Parlimen pada Rabu (9 Nov).

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan pengendali prasekolah untuk meningkatkan operasi dan tenaga manusia.

Ini supaya lebih ramai kanak-kanak boleh memasuki pusat prasekolah baru dibuka pada bulan-bulan mendatang.

MSF juga sedang meneroka kemungkinan untuk meluaskan atau menambah kapasiti prasekolah sambil mengimbangi keperluan kanak-kanak dan pendidik.

Namun, untuk memenuhi permintaan pendidikan prasekolah yang bertambah, lebih ramai kakitangan diperlukan.

"Kami berharap dengan pengumuman semakan gaji baru-baru ini iaitu peningkatan 10 peratus hingga 30 peratus bagi pendidik prasekolah boleh membantu memenuhi permintaan ini," kata Cik Sun.

"Namun asasnya, kita sebagai masyarakat perlu menghargai kerja para karyawan sektor sosial dan pendidikan awal kanak-kanak demi menarik lebih ramai orang ke sektor berkenaan. Tanpa teras tenaga kerja, kita akan berdepan dengan cabaran kapasiti yang meningkat," tambah beliau.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan