Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah terima saranan Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Runcit (TCR)

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah terima saranan Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Runcit (TCR)

Gambar fail bangunan MOM. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerima saranan-saranan oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Runcit (TCR) sambil menambah bahawa usaha memperkukuhkan teras Singapura menjadi tumpuan. Ini susuli pengumuman mengenai usulan bagi Model Gaji Progresif (PWM) untuk sektor runcit pada Isnin (15 Ogos).

Garis panduan gaji itu juga meliputi firma-firma yang menggajikan para pekerja hijrahan.

Menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, PWM bagi sektor runcit itu adalah yang terbesar, meliputi 46,000 pekerja.

Mengulas berhubung pengumuman saranan TCR baru-baru ini, Encik Zaqy menjelaskan bahawa dalam persekitaran gaji minimum ini, semua pekerja termasuk pekerja hijrahan perlu dilindungi. Beliau berpendapat bahawa ini akan meningkatkan kos keseluruhan untuk perniagaan sekiranya pekerja hijrahan dibayar pada kadar yang sama dengan pekerja tempatan juga.

"Maka itu, terdapat usaha yang berbeza dari segi cara anda menguatkuasakan atau mengawal selia melalui pentadbiran pas kerja anda," tambah beliau.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan