Pemerintah terima penolakan WP bagi peranan Ketua Pembangkang, ia kekal kosong buat masa ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada petang Rabu (21 Jan) bersetuju dengan Parti Pekerja (WP) bahawa ketua parti pembangkang utama di parlimen adalah pilihan semula jadi untuk berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang.
Namun, ia menyatakan bahawa situasi yang dihadapi parti itu berhubung peranan tersebut adalah "luar biasa", memandangkan bekas Ketua Pembangkang yang juga ketua WP, Pritam Singh, "sudah disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah kerana berbohong kepada parlimen, dan parlimen memutuskan bahawa sabitan dan tingkah lakunya menjadikan beliau tidak sesuai untuk meneruskan peranan tersebut".
"Di negara lain, ahli yang disabitkan dengan jenayah melibatkan ketidakjujuran atau berbohong di bawah sumpah biasanya akan meletakkan peranan. Perkara ini tidak berlaku di sini," menurut PMO dalam satu kenyataan selepas WP mengumumkan bahawa ia akan menolak tawaran untuk mencalonkan Ketua Pembangkang yang baharu.
PMO menyatakan bahawa pemerintah menerima keputusan tersebut, dan oleh itu peranan itu akan kekal kosong "sehingga tiba masanya WP bersedia untuk mencalonkan seseorang untuk memikul tanggungjawab ini".
WP sebelum ini menyatakan pada Rabu bahawa ia "tidak dapat menerima" pelawaan Encik Wong untuk mencalonkan salah seorang Ahli Parlimennya bagi menggantikan ketua parti, Pritam Singh, dalam peranan tersebut.
Encik Wong melucutkan peranan Encik Singh sebagai Ketua Pembangkang pada 15 Januari, sehari selepas parlimen mengundi dan meluluskan usul bahawa beliau tidak sesuai untuk meneruskan peranan tersebut berikutan sabitannya kerana berbohong kepada jawatankuasa parlimen.
Perdana Menteri juga berkata pada masa itu bahawa beliau sudah menawarkan kepada WP untuk mencalonkan seorang lagi AP yang dipilih untuk berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang yang seterusnya.
WP dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan bahawa ia sudah membalas kepada Encik Wong dan tidak akan mencalonkan AP parti yang lain untuk jawatan tersebut.
"Kami tidak dapat menerima tawaran anda untuk mencalonkan seorang lagi Ahli Parlimen Parti Pekerja bagi jawatan Ketua Pembangkang, kerana Parti Pekerja mempunyai proses sedia ada kami sendiri untuk memilih kepimpinan kami," menurut jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu dalam surat kepada Encik Wong.
CEC menambah: "Walaupun tidak mempunyai sebarang kriteria kelayakan perlembagaan atau undang-undang, kami berpegang kepada pandangan bahawa satu-satunya calon yang munasabah untuk jawatan Ketua Pembangkang adalah Ahli Parlimen yang merupakan pemimpin parti pembangkang terbesar di parlimen, iaitu Parti Pekerja."

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.