Pemerintah tawar subsidi S$250 juta tampung kenaikan tertangguh bagi tambang pengangkutan awam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi menampung kos kenaikan tambang pengangkutan awam yang ditangguhkan lagi, Pemerintah akan menyuntik subsidi tambahan sebanyak S$250 juta untuk menyokong pengendali pengangkutan awam.
Lebih banyak isi rumah yang berpendapatan rendah juga akan dapat meraih manfaat daripada kuantum baucar pengangkutan awam yang lebih tinggi, untuk mengimbangi kesan kenaikan tambang pengangkutan awam, yang berkuat kuasa pada 28 Dis.
Para pelajar yang akan menamatkan pengajian, pula dapat menikmati tempoh lanjutan bagi faedah konsensi selama empat bulan.
Ini adalah antara langkah-langkah yang dilaksanakan untuk membantu meringankan beban dalam menampung kenaikan tambang dalam kalangan para penumpang, yang diumumkan pada Isnin (9 Sep). Ia turut bermatlamat untuk mengurangkan tekanan kos terhadap pengendali pengangkutan awam.

Majlis Pengangkutan Awam (PTC) mengumumkan kenaikan dalam tambang pengangkutan awam untuk penumpang dewasa sebanyak 10 sen bagi setiap perjalanan, di samping kenaikan 4 sen bagi pemegang kad konsensi seperti pelajar, warga emas dan golongan kurang upaya.
Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan subsidi sebanyak S$250 juta tersebut diperuntukkan, di samping lebih S$2 juta subsidi pengangkutan awam tahunan dalam memastikan khidmat bas dan kereta api terus beroperasi. Selain itu, ia juga menokok dana tambahan sehingga S$900 juta selama lapan tahun bagi Program Peningkatan Keterhubungan Bas tersebut.
"Secara keseluruhannya, ini bersamaan dengan lebih daripada S$1 dari segi subsidi bagi setiap perjalanan menerusi pengangkutan awam," kata MOT dalam kenyataan media pada Isnin.
Dana S$250 juta tersebut akan menampung kuantum tambang tertangguh sebanyak 12.9 peratus yang akan dibawa ke latihan semakan tambang seterusnya.
Pelarasan tambang maksimum yang dibenarkan ialah 18.9 peratus, tetapi PTC telah memilih kenaikan tambang sebanyak 6 peratus untuk meringankan beban penumpang daripada menampung kenaikan tambang penuh tersebut.
Sebaliknya, kedua-dua pengendali kereta api SBS Transit Rail dan kereta api SMRT telah memohon kenaikan tambang penuh sebanyak 18.9 peratus.
"Subsidi tambahan pemerintah akan membantu menyederhanakan kenaikan tambang, sambil mengambil kira kos yang lebih tinggi untuk menyediakan pengangkutan awam," jelas PTC.
PELAJAR AKAN NIKMATI TAMBANG KONSENSI YANG DILANJUTKAN
Mulai 28 Dis, pelajar juga akan menikmati tambang konsensi selama empat bulan selepas mereka menamatkan pengajian.
Buat masa ini, para pelajar dari sekolah menengah, kolej Institut Pendidikan Teknikal, maktab rendah, politeknik dan institusi pengajian tinggi pemerintah atau bantuan pemerintah lain serta institusi pendidikan privet yang layak, membayar tambang konsesi pelajar.
Sebaik sahaja pelajar tersebut menamatkan pengajian mereka, ada yang mungkin perlu membayar tambang dewasa sebelum mereka mendaftar ke sekolah lain dan layak mendapat tambang konsesi semula.
PTC menyatakan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat telah meminta lanjutan tempoh tersebut awal tahun ini berikutan maklum balas yang diterima daripada ibu bapa dan pelajar.
Menyusuli itu, PTC memutuskan supaya pelajar yang telah tamat pengajian yang layak mendapat tambang konsesi, terus menikmati tambang tersebut selama empat bulan selepas mereka tamat pengajian masing-masing.
Ini akan bermula dengan pelajar tamat pengajian yang kelayakan konsesi berakhir pada atau selepas 28 Disember tahun ini, dan akan melibatkan seluruh kumpulan pelajar yang menamatkan pengajian tersebut. Ini bermakna kedua-dua pelajar yang masih berada dalam peringkat pendidikan dan pelajar yang beralih keluar daripada faedah konsesi pelajar, akan menikmati lanjutan tempoh tersebut.
Secara keseluruhannya, kira-kira seramai 75,000 pelajar yang menamatkan pengajian dijangka meraih manfaat daripada perubahan itu setiap tahun.
LEBIH BANYAK ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH LAYAK DAPAT BAUCAR PENGANGKUTAN AWAM
Baucar pengangkutan awam juga akan diagihkan kepada isi rumah berpendapatan rendah seperti latihan semakan tambang tahun lalu. Baucar tersebut boleh digunakan untuk menambah nilai kad tambang atau membeli pas bulanan.
Baucar tahun ini bernilai S$60 setiap satu, berbanding S$50 tahun lalu.
Kriteria pendapatan bagi baucar tersebut juga akan dinaikkan dan disediakan kepada isi rumah dengan pendapatan isi rumah bulanan setiap orang tidak lebih daripada S$1,800, meningkat daripada S$1,600 sebelumnya.
Dengan itu, lagi 60,000 isi rumah bakal meraih manfaat daripada baucar tersebut.
Baucar itu akan dibiayai oleh Dana Pengangkutan Awam, yang terdiri daripada sumbangan daripada pengendali pengangkutan awam.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.