Skip to main content

Singapura

Pemerintah tawar 4 tapak perumahan di Lentor, River Valley, Marina Gardens, Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah tawar 4 tapak perumahan di Lentor, River Valley, Marina Gardens, Woodlands

Gambar fail: Pemandangan perumahan awam di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Empat tapak perumahan telah ditawarkan di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh kedua tahun ini.

Menurut satu kenyataan bersama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Khamis (17 Okt), ia termasuk tapak kondominium eksekutif (EC) di Woodlands Drive 17 dan plot kediaman di Lentor Gardens, serta tapak di Marina Gardens Lane dan River Valley Green, yang dizonkan sebagai kediaman dengan bahagian komersil di tingkat pertama.

Dua tapak di bawah senarai disahkan di Lentor Gardens dan River Valley masing-masing dijangka menawarkan 500 dan 475 unit kediaman.

Petak tanah di Lentor Gardens terletak dalam kawasan perumahan, berhampiran Taman Semula Jadi Thomson dan stesen MRT Lentor.

Ia adalah plot tanah ketujuh yang ditawarkan untuk dijual.

Petak tanah di sepanjang River Valley Green pula akan mempunyai akses langsung ke Stesen MRT Great World.

Sementara itu, dua tapak di Marina Gardens dan Woodlands ditawarkan di bawah Senarai Simpanan.

Ini bermakna tender akan hanya ditawarkan apabila pemaju membuat tawaran yang boleh diterima oleh pemerintah.

Pemain industri menjangkakan minat yang kuat terutamanya untuk tapak di Woodlands, kerana hampir 10 tahun tidak ada projek baharu di sana.

Bagaimanapun, permintaan untuk tapak yang lainnya mungkin agak merudum memandangkan keadaan pasaran yang mencabar.

"Kami percaya pemaju masih akan terus berhati-hati dalam membida tanah itu, kerana masih terdapat sedikit ketidakpastian. Terutamanya berhubung kos binaan, sama ada ia akan meningkat, kekal stabil untuk tahun hadapan," kata Pengarah Kanan Analitik Data, Huttons Asia, Lee Sze Teck.

Tambahnya lagi: "Juga berapa cepat atau lambat kadar faedah akan turun pada bulan-bulan akan datang, dan juga pada tahun akan datang."
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita