Skip to main content

Singapura

Pemerintah tawar 3 tapak tanah, termasuk untuk hotel

Dua tapak perumahan dan satu tapak 'Putih' di Marina View bagi pembangunan serba guna ditawarkan untuk dijual di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh kedua 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah tawar 3 tapak tanah, termasuk untuk hotel

Tapak di Kampong Java Road (Gambar: URA)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 10:32PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 10:40PM

SINGAPURA: Dua tapak perumahan dan satu tapak 'Putih' di Marina View bagi pembangunan serba guna ditawarkan untuk dijual di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh kedua 2018.

Tapak yang ditawarkan itu akan menjana 2,000 unit rumah dan 540 bilik hotel.

Bidang tanah di Kampong Java Road milik Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) manakala tapak kondominium eksekutif di Tampines Avenue 10 oleh Lembaga Perumahan & Pembangunan (HDB) dilancarkan di bawah Senarai yang Disahkan, menurut kenyataan bersama URA dan HDB pada Rabu (31 Okt).,

Tapak Putih URA, di Marina View ditawarkan di bawah Senarai Simpanan.

Menurut firma khidmat hartanah Colliers International, para pemaju dijangka terus mengambil pendekatan hati-hati dalam pembelian tanah ekoran langkah penyejukan pasaran pada Julai.

Tender bagi dua bidang tanah di Kampong Java Road dan Tampines Avenue 10 ditutup pada 15 Januari tahun depan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita