Pemerintah tangani "isu berprofil tinggi' dengan teliti, telus, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan "membetulkan keadaan" dan menangani skandal yang membelenggu Anggota Parlimennya baru-baru ini dengan teliti dan terbuka, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (17 Jul).
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan media mengenai persepsi orang ramai bahawa "standard PAP" telah merosot disebabkan beberapa insiden meilbatkan AP PAP sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Encik Lee juga berkata beliau tidak merancang untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.
Pilihan Raya Umum Singapura yang akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada November 2025.
PM Lee menjelaskan, tidak ada sistem yang sempurna.
Tambahnya, kadangkala sesuatu perkara menjadi salah, maka ia perlu diselidik dan dibetulkan.
Encik Lee berkata perkembangan baru-baru ini bukan contoh piawaian PAP yang merosot tetapi bagaimana parti itu menangani tuduhan terhadap APnya.
Dalam sidang media, yang diadakan untuk menjelaskan peletakan jawatan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan AP Tampines Cheng Li Hui, Encik Lee berkata Encik Tan dan Cik Cheng menjalin "hubungan tidak wajar".

Selain itu, muncul insiden minggu lalu di mana Menteri Pengangkutan S Iswaran terlibat dalam siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Sebelum itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam dan Hal Ehwal Luar Vivian Balakrishnan perlu menjelaskan di parlimen sebab mereka menyewa hartanah negara di kawasan eksklusif Ridout Road, dan sama ada terdapat sebarang percanggahan kepentingan.
Dalam hal ini, CPIB dan Menteri Kanan Teo Chee Hean mendapati tiada salah laku oleh kedua-dua menteri itu.

"Saya fikir dari semasa ke semasa, perkara seperti ini berlaku. Apabila ia berlaku, kami harus memastikan ia ditangani dengan teliti dan telus, dan semua orang dapat melihat apa yang kami lakukan," kata Encik Lee pada Isnin (17 Jul).
"Dalam kes Tan Chuan-Jin dan Cheng Li Hui, mereka tidak memenuhi standard yang diharapkan. Kami cuba untuk membetulkan tingkah laku mereka, ia tidak berkesan, maka mereka harus undur diri."
Encik Lee menambah bahawa parti itu harus mengekalkan standard yang tinggi bukan sahaja bagi pilihan raya akan datang, tetapi menjangkaui penggal pemerintah sekarang, ke generasi akan datang.
Beliau memetik mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang berkata dalam salah satu ucapan terakhirnya: "Ingat, jangan sekali-kali biarkan sistem itu dicemari amalan rasuah. Jangan sekali-kali, biarkannya berlaku. Pertahankan standard, pastikan Singapura boleh berfungsi."
Kata Encik Lee: "Itu adalah perkara utama, dan saya cukup berazam untuk melakukannya dan saya pasti pemimpin 4G berazam untuk melakukannya juga."
Menjawab soalan sama ada kerusi yang kosong dalam parlimen akan menjejas tarikh Pilihan Raya Umum seterusnya, Encik Lee berkata beliau tidak merancang untuk segera mengadakan pilihan raya.
Empat kerusi parlimen kini kosong termasuk Encik Iswaran yang mengambil cuti ketidakhadiran untuk membantu sisatan CPIB, selain Encik Tan, Cik Cheng dan Encik Tharman Shanmugaratnam yang bersara dari politik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.
"Kami berada dalam separuh kedua penggal pemerintah, kami baru sahaja membuka parlimen. Kami mempunyai agenda penuh bagi penggal ini, kami sedang mengusahakannya dan kami akan menumpukan kepada perkara tersebut," kata Encik Lee.
Mengulas tentang "khabar angin lain", melibatkan AP, PM Lee berkata jika ia berkaitan dengan parti pembangkang, maka jawapannya harus datang daripada mereka. .

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.