Pemerintah sokong aspirasi masyarakat Melayu/Islam untuk maju, kekalkan jati diri: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan terus mencari cara untuk membolehkan masyarakat Melayu untuk maju ke hadapan tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya, agama dan jati diri orang Melayu/Islam.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkongsi hal itu dalam satu siding media pada Jumaat (23 Ogos) menandakan 100 hari beliau menyandang jawatan itu.
“Masyarakat Melayu/Islam terutamanya, dalam pertemuan saya, ramai daripada mereka bercita-cita untuk lakukan lebih baik dan maju bersama-sama dengan negara tapi pada masa yang sama ingin menegakkan tradisi, budaya dan pegangan agama mereka sebagai sebuah masyarakat. Saya rasa ia sangat berharga dan kami akan terus mencari jalan untuk bantu masyarakat untuk berbuat demikian,” kata PM Wong.
Beliau berkata penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) seperti yang dinyatakan dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 2024, merupakan antara inisiatif ke arah tujuan tersebut.
Menyentuh tentang inisiatif SCIS, PM Wong berkata akan berkongsi butiran lanjut dengan lebih terperinci apabila ia sudah sedia jelang akhir tahun ini.
“Kami sedang menentukan perinciannya, ada yang perlu dibincangkan dan akan ada peluang bagi saya untuk kembali kongsikan tentang kolej baharu ini dan bagaimana ia akan menyediakan lebih banyak laluan kepada pelajar Melayu/Islam yang berminat dalam pengajian Islam untuk melanjutkan pelajaran dan pendidikan, tidak semestinya di luar negara tetapi di Singapura dan kami akan dapat berkongsi butirannya kemudian tahun ini,” kata PM Wong.

KUKUHKAN HUBUNGAN ANTARA NEGARA
Berkenaan hubungan antarabangsa pula, PM Wong berkata adalah menjadi keutamaan baginya untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kerja lama dan baharu dari seluruh dunia.
Ini di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang kian meruncing.
Menurutnya, beliau akan lakukan lawatan ke lebih banyak negara ASEAN dan negara-negara di luar Asia Tenggara.
Sebelum ini PM Wong sudah melakukan lawatan pengenalan ke Malaysia dan Brunei Darussalam sejak menyandang jawatan baharunya itu sejak Mei lalu.
"Ia adalah dunia dengan pecahan yang semakin memburuk dalam ekonomi global dan kawasan untuk perdagangan. Ini bermakna, lebih banyak impak dan tekanan pada rantaian bekalan global. Ia adalah dunia dengan pelbagai ancaman luar, termasuk wabak terbaharu, mpox yang sedang kami pantau dengan teliti.
"Jadi dalam dunia yang berbahaya dan bermasalah ini, hubungan kami dengan negara lain adalah penting dan hubungan baik dengan rakan-rakan lama dan baharu juga merupakan keutamaan utama bagi saya," kata Encik Wong.
TEKANKAN DUA TUNGGAK UTAMA, PASTIKAN TIADA YANG KETINGGALAN
PM Wong juga menekankan dua tunggak utama dalam NDR sulungnya itu iaitu memperbaharui kompak sosial dan impian Singapura yang diperbaharui.
Selain isu-isu yang diketengahkan dalam NDR, beliau berkata pemerintah juga sedang memikirkan bagaimana warga emas boleh dijaga dengan lebih baik dan menangani kos sara hidup.
"Ia isu yang besar yang akan jadi lebih besar kerana jumlah warga emas yang semakin bertambah. Jadi kami sangat tumpukan perhatian pada isu ini dan ia bukan sahaja membantu mereka dalam usia 70 atau 80-an, kami juga akan bantu anak-anak mereka yang semakin lama semakin tidak muda lagi. Isu lain ialah menangani keprihatinan tentang kos sara hidup," kata Encik Wong.
Dalam pada itu beliau juga berkata bahawa akan ada pelbagai lagi isu yang disuarakan masyarakat dalam sesi-sesi pertemuannya dengan penduduk.
"Ini adalah komitmen daripada saya dan pasukan saya. Kami di sini untuk mendengar anda, fahami keprihatinan anda, harapan dan impian dan untuk jalinkan ikatan yang lebih kukuh dan bermakna dengan setiap warga Singapura," kata Encik Wong.
Menurutnya, beliau menganggap sesi bertemu dengan penduduk secara kerap adalah aspek yang sangat penting bagi jawatannya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.