Skip to main content

Singapura

Pemerintah sokong 13% pendapatan tambang pengendali bas sekolah & pengangkutan khidmat jagaanaya

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah sokong 13% pendapatan tambang pengendali bas sekolah & pengangkutan khidmat jagaanaya

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Apr 2026 07:36PM Dikemas Kini : 09 Apr 2026 07:37PM
SINGAPURA: Pemerintah akan memberikan sokongan sementara kepada pengendali pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelajar sekolah, orang kurang upaya (OKU), warga emas, dan pesakit.

Bantuan itu - bersamaan dengan 13 peratus daripada pendapatan tambang - bertujuan untuk membantu menampung kos operasi yang meningkat akibat harga minyak yang tinggi berikutan perang di Timur Tengah.

"Dengan bantuan ini, pengenali harus mengekalkan harga tambang yang stabil buat masa ini," menurut Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), serta Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (9 Apr).

Bantuan itu akan meliputi perkhidmatan dari bulan April hingga Jun.

"Selepas ini, tambang pengangkutan mungkin perlu dinaikkan jika harga minyak terus kekal tinggi. Namun, bantuan sedia ada tetap ada bagi menyokong pelajar, warga emas, pesakit, dan OKU yang tidak mampu membayar tambang mereka," tambah kementerian tersebut.

Untuk sektor bas sekolah, MOE akan membantu pengendali bas bagi sekolah rendah dan sekolah pendidikan khas (SPED).

"Sokongan ini juga memberi masa kepada ibu bapa dan penjaga untuk menyesuaikan urusan pengangkutan mereka jika harga tambang terpaksa dinaikkan pada masa hadapan," tambah pihak kementerian.

Pelajar di bawah Skim Bantuan Kewangan (FAS) MOE akan terus menerima bantuan.

MSF pula akan membantu agensi perkhidmatan sosial yang menyediakan perkhidmatan OKU. Agensi itu perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada pengendali pengangkutan yang dilantik oleh mereka.

MOH pula akan membantu penyedia perkhidmatan jagaan jangka panjang dan dialisis masyarakat yang menyediakan pengangkutan untuk warga emas dan pesakit.

"Warga emas dan pesakit tidak perlu risau kerana kos penjagaan akan terus kekal mampu milik," menurut pihak berkuasa.

"Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, subsidi untuk perkhidmatan jagaan jangka panjang, termasuk pengangkutan, akan ditingkatkan bermula Julai 2026."
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita