Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah Singapura sumbang AS$50,000 kepada usaha bantu mangsa gempa Afghanistan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah akan menyumbang AS$50,000 (S$69,452) untuk menyokong usaha Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dalam mengumpul dana bagi mangsa gempa bumi di Afghanistan.

"Pemerintah Singapura akan menyumbang AS$50,000 sebagai dana permulaan untuk menyokong usaha mengumpul dana oleh Palang Merah Singapura (SRC) bagi membantu krisis kemanusiaan di Afghanistan akibat gempa bumi pada 22 Jun 2022", menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (24 Jun).

Sumbangan tersebut akan menyokong komitmen SRC sebanyak S$50,000 bagi menyediakan bekalan perubatan yang amat segera diperlukan serta keperluan asas yang lain.

Singapura turut berduka cita dan menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa bencana tersebut.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh, dan 1,500 lagi cedera dalam gempa sekuat 5.9 Richter itu. Lebih 3,000 rumah turut musnah.
 
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan