Pemerintah SG semak rangka kerja penjualan en bloc
Terdapat kemungkinan perubahan akan dilaksanakan terhadap rejim penjualan secara berkelompok atau 'en bloc', termasuk ambang persetujuan diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan penjualan kolektif, di tengah-tengah semakan terhadap dasar dan peraturan di bawah Akta Hakmilik Tanah (Strata).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Terdapat kemungkinan perubahan akan dilaksanakan terhadap rejim penjualan secara berkelompok atau 'en bloc', termasuk ambang persetujuan diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan penjualan kolektif, di tengah-tengah semakan terhadap dasar dan peraturan di bawah Akta Hakmilik Tanah (Strata).
Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada Khamis (20 Nov) menyatakan semakan tersebut sedang dilaksanakan dan sebarang perubahan akan diumumkan apabila siap.
Ini menyusuli surat bertarikh 2 November yang tersebar online - daripada Persatuan Pemilik Neptune Court — yang mendakwa pemerintah akan menurunkan ambang penswastaan dan penjualan kolektif pada tahun depan.
Dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp, MinLaw menyatakan meskipun ia tidak dapat mendedahkan garis masa khusus bagi sebarang perubahan dasar, “cadangan pembaharuan akan diumumkan apabila ia siap”.
Kementerian itu menambah bahawa ia kerap mendampingi pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemilik hartanah, pemaju, perunding hartanah, persatuan industri, peguam urusan pindah milik dan ahli akademik, untuk mendapatkan serta mempertimbangkan pandangan mereka, dan maklum balas “dipertimbangkan dengan teliti”.
Penjualan kolektif memerlukan sokongan majoriti pemilik.
Bagi pembangunan yang berusia bawah 10 tahun, sekurang-kurangnya 90 peratus pemilik mesti bersetuju, manakala 80 peratus diperlukan bagi pembangunan yang berusia 10 tahun atau lebih.
Neptune Court, yang terletak di Marine Vista berhampiran Marine Parade Road, dibina pada 1975 oleh pemerintah Singapura sebagai manfaat perumahan bagi pegawai perkhidmatan awam.
Meskipun 752 unit di Neptune Court dimiliki secara persendirian, tanah dan kawasan awamnya dimiliki oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Sekitar 2010, beberapa penduduk mencadangkan penswastaan Neptune Court dengan para pemilik unit secara kolektif yang membeli tanah dan kawasan awam daripada MOF, dengan harapan dapat melaksanakan penjualan en-bloc pada masa hadapan.
Saluran berita kewangan The Edge melaporkan bahawa ini merupakan percubaan kedua para pemilik untuk menswastakan Neptune Court, menyusuli percubaan awal pada 2007 apabila mereka cuba membeli tempat letak kereta terbuka yang besar daripada MOF bagi membolehkan penjualan kolektif seluruh estet tersebut.
Namun, perselisihan kemudian timbul dalam kalangan kumpulan penduduk berhubung isu-isu berkaitan cadangan untuk menswastakan Neptune Court, menurut satu penghakiman mahkamah pada 2017.
Satu saman difailkan berhubung dakwaan penggunaan dana persatuan oleh empat pemilik bagi membiayai prosiding fitnah terhadap beberapa ahli persatuan yang lain.
Persatuan Pemilik Neptune Court turut menyatakan dalam suratnya bahawa jawatankuasa yang menyokong penswastaan itu akan mendapatkan nasihat guaman untuk mempersiapkan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EOGM) bagi membincangkan kemungkinan penjualan kolektif.
Jawatankuasa itu juga menyatakan ia sudah mendapatkan undi 29 peratus daripada 752 unit estet untuk memilih jawatankuasa penjualan kolektif, melepasi keperluan 25 peratus di bawah garis panduan Akta Hakmilik Tanah (Strata), dan ia akan meningkatkan usaha bagi mendapatkan lebih banyak sokongan dalam minggu-minggu mendatang.
Pada 2017, Singapura menyaksikan jualan en-bloc yang kukuh dengan 31 urus niaga berjumlah S$8.5 bilion, manakala 36 urus niaga bernilai S$10.3 bilion dicatatkan pada 2018.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan kemerosotan ketara dan stagnasi aktiviti penjualan kolektif.
Beberapa percubaan penjualan en-bloc kondominium gagal apabila sentimen pasaran hartanah merosot, sebahagiannya disebabkan oleh langkah-langkah penyejukan pasaran yang diperkenalkan pemerintah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.