Pemerintah SG rancang sediakan pos penjagaan tetap di estet kejiranan dengan ramai penduduk warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung cuba permainan di jerayawara "Life Unstoppable" AIC di NEX pada 24 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Tan Wen Lin)
SINGAPURA: Bagi meringankan beban para penjaga, pemerintah sedang menimbangkan untuk mendirikan pos tetap bagi khidmat penjagaan peribadi di kawasan yang mempunyai ramai penduduk warga emas, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (24 Ogos).
Pada masa ini, seramai 6,000 keluarga meraih manfaat daripada khidmat penjagaan di rumah, yang bertujuan bagi warga emas yang memerlukan bantuan untuk melakukan kegiatan seharian mereka, kata Encik Ong, sambil berkongsi lebih butiran mengenai inisiatif Kejiranan Sihat Menua yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan.
"Dengan cara ini, kerana ia berada di kawasan kejiranan, selepas waktu pejabat sekali pun mereka masih boleh menyediakan penjagaan.
"Sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh menjadi petindak pertama," katanya kepada media di luar acara Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).
"Dengan cara ini, saya rasa ia dapat meringankan beban para penjaga secara lebih bermakna."
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapakah akan mengerahkan pasukan di pos-pos itu.
Pemerintah baru-baru ini menaikkan subsidi dan tahap sokongan bagi jagaan jangka panjang, termasuk penjagaan di rumah, kata Encik Ong sambil menambah lebih ramai keluarga akan meraih manfaat daripada satu lagi pusingan pengurangan yuran pada tahun depan.
Inisiatif Kejiranan Sihat Menua akan dilancarkan di Toa Payoh, beserta satu atau dua lagi kawasan dengan ramai penduduk warga emas, kata Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad lalu (17 Ogos).

APARTMEN JAGAAN MASYARAKAT, KEJIRANAN MESRA WARGA EMAS
Encik Ong turut menyentuh tentang lagi tiga bidang yang akan disertakan dalam skim tersebut.
Rangkaian pusat penuaan aktif sedang diperluaskan dan pusat-pusat tersebut dijangka menganjurkan aktiviti lebih dekat dengan masyarakat, malah menggunakan ruang bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan taman-taman dalam estet-estet privet, katanya.
Pos kesihatan masyarakat juga adalah inisiatif yang "sangat ketara".
Pasukan itu terdiri daripada kakitangan jagaan masyarakat, jururawat, ahli farmasi dan karyawan kesihatan bersekutu yang dikerahkan kira-kira seminggu sekali untuk menyediakan jagaan berterusan kepada pesakit yang dibenarkan pulang dari hospital, kata Encik Ong.
Encik Ong menambah Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Pengangkutan juga akan terus membangunkan dan meningkatkan sekitaran fizikal dan menjadikannya lebih selesa bagi warga emas.
"Daripada menyebarkan semua inisiatif itu di seluruh Singapura, kami merasakan ia lebih berkesan dan akan memberi kesan lebih besar jika kita menggabungkannya, menyatukannya, mengharmonikannya, menyepadukannya dan kemudian melaksanakannya dengan cara yang disatukan dalam masyarakat dengan kepadatan warga emas yang tinggi," katanya.
"Jika kami berbuat demikian, kami boleh merubah masyarakat itu kepada sebuah Kejiranan Sihat Menua. Itu benar-benar rancangannya."
Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat mengumumkan pada Ahad bahawa kira-kira 200 apartmen jagaan masyarakat akan dilancarkan di Toa Payoh pada tahun depan.
Sambil menarik perhatian bahawa Toa Payoh adalah salah satu bandar tertua di Singapura, Encik Chee berkata: "Ini adalah flat HDB mesra warga emas yang direka dengan teliti dengan ruang masyarakat di mana warga emas boleh bergaul dan lakukan senaman."
Mereka juga disokong oleh kakitangan di lokasi yang akan menangani keperluan penjagaan mereka sepanjang masa.
STRATEGI JANGKA PANJANG
Rancangan akhirnya adalah untuk melancarkan skim Kejiranan Sihat Menua di merata Singapura, kata Encik Ong pada Ahad, sambil menambah skim itu adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Singapura terhadap penuaan.
"Apa sahaja yang kami umumkan bagi Toa Payoh dan apa sahaja yang kami mungkin umumkan pada hujung tahun ini, ia adalah projek perintis.
"Hasratnya adalah untuk mempelajari daripadanya dan selepas mempelajari daripadanya, kami boleh melaksanakannya dengan lebih baik, dan kami akan meneroka tempat-tempat lain," kata Encik Ong.
Apabila ditanya mengenai kriteria Kejiranan Sihat Menua, Encik Ong berkata kepadatan jumlah warga emas dan bilangan penduduk dalam kalangan mereka yang perlukan khidmat akan dipertimbangkan.
"Saya rasa kita harus memulakan dengan kawasan kejiranan yang mempunyai lebih ramai warga emas," katanya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.