Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah sentiasa cari cara terbaik bantu orang kurang upaya: PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah sentiasa cari cara terbaik bantu orang kurang upaya: PM Wong
Diterbitkan : 28 Oct 2024 11:28PM Dikemas Kini : 28 Oct 2024 11:32PM
SINGAPURA: Jaminan daripada pemerintah bahawa ia akan terus mencari cara untuk membantu orang kurang upaya.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata tiga bidang utama ialah intervensi awal, membantu mereka mendapatkan pekerjaan, dan sokongan untuk penjaga.

Bercakap di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-60 pertubuhan amal bagi membantu mereka yang kurang upaya, SPD pada Isnin (28 Okt), Encik Wong berkata sokongan mesti bermula sejak mereka muda dengan intervensi awal.

Bantuan juga harus dilanjutkan untuk membantu mereka membuat peralihan lebih lancar ke dunia pekerjaan selepas tamat belajar di sekolah Pendidikan Khas (SPED).

Tambah Encik Wong, pemerintah juga sedang meneroka cara membantu mereka melanjutkan pendidikan di samping hidup berdikari.

PM Wong memberi contoh pameran yang beliau hadiri tahun lepas di mana tidak disediakan akses tanjakan untuk pengunjung berkerusi roda.

"Ia mungkin bukan masalah besar bagi penganjur, tetapi kepada orang kurang upaya, ia sesuatu yang amat penting dan tidak sepatutnya berlaku," katanya sambil menekankan peri pentingya usaha menyeluruh dalam membina masyarakat yang inklusif.

"Kita boleh dan kita mesti melakukan dengan lebih baik lagi. Hanya dengan lebih empati dan keprihatinan terhadap pengalaman hidup orang kurang upaya, kita boleh maju sebagai masyarakat yang inklusif."
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan