Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah semak semula langkah sokongan perkahwinan, keibubapaan

Satu semakan pendekatan menyokong perkahwinan dan keibubapaan sedang dijalankan menyusuli siri perbincangan dengan lebih 300 orang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Nov 2021 03:52PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 08:42PM

SINGAPURA: Satu semakan pendekatan menyokong perkahwinan dan keibubapaan sedang dijalankan menyusuli siri perbincangan dengan lebih 300 orang.

Mereka menyuarakan keprihatinan dan cabaran-cabaran dalam membina sebuah keluarga di negara ini.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah yang menerajui sesi-sesi perbincangan itu berkata aturan kerja fleksibel adalah anak kunci dalam menjadikan Singapura sebuah negara mesra keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan media.

Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu, keluarga-keluarga menghadapi cabaran bekerja dari rumah serta menjaga anak-anak.

Itulah antara topik yang diutarakan dalam sesi Perbincangan Bangkit Lebih Kukuh iaitu platform untuk rakyat berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik.

Siri perbincangan itu bertujuan mendapatkan pandangan peserta mengenai perkahwinan dan keibubapaan serta bagaimana ia berubah disebabkan oleh COVID-19.

Selain aturan kerja fleksibel, para peserta turut membincangkan tentang soal kos sara hidup dan pembangunan holistik kanak-kanak.

"Saya mendapati apa yang amat penting bagi keluarga adalah apabila mereka perlu mengambil cuti untuk menjaga anak, ibu bapa atau datuk nenek tanpa perlu rasa bersalah, tanpa merasakan majikan anda akan memandang serong terhadap anda. Dunia sedang berubah dan tempat kerja masa depan juga akan berubah," kata Cik Indranee.

Lantaran itu, beliau menggalakkan majikan tempatan supaya melihat aturan kerja fleksibel sebagai satu bentuk kelebihan daya saing.

Pihak berkuasa pula sedang meneliti langkah-langkah yang ada.

Cik Indranee menambah pihak syarikat dan pekerja perlu mengadakan perbincangan.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan