Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah semak pasaran runcit bahan api; tinjau cara lain turunkan harga melambung

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jul 2022 07:00PM Dikemas Kini : 05 Jul 2022 09:01PM
SINGAPURA: Semakan terhadap pasaran minyak sedang dilakukan dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan terhadap kenaikan harga bahan api.

Menteri Negara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata di Parlimen pada Selasa (5 Jul) bahawa Pemerintah akan terus memantau keadaannya.

Menurut beliau lagi, jika perlu, Pemerintah tidak keberatan memberi lebih banyak bantuan.

Cik Low menjawab pertanyaan sama ada Pemerintah akan mengawal harga petrol dan disel di stesen-stesen minyak yang kian melambung tinggi serta keuntungan besar yang diraih syarikat-syarikat minyak.

Beliau menjelaskan semakan yang dilakukan meliputi bagaimana perkembangan global dan kegiatan pengendali minyak tempatan menyumbang kepada trend kenaikan harga.

"Jika dapatan dari semakan tersebut menunjukkan ada cara-cara untuk memperbaiki pasaran minyak, saya mahu meyakinkan Anggota Parlimen bahawa Pemerintah tentu sekali akan mempertimbangkan kesemua langkah yang dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pasaran jualan runcit minyak," kata Cik Low.

"Yakinlah bahawa Pemerintah mahu memastikan pasaran jualan runcit minyak kekal berdaya saing," jamin beliau.
Sumber : CNA/IA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan