Pemerintah sedia sokong perniagaan dalam transformasi perusahaan, tenaga kerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata pemerintah sentiasa bersedia untuk menyokong lebih banyak syarikat menjalani transformasi perusahaan dan tenaga kerjanya.
Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, berkata bantuan akan diberikan bagi usaha pelaburan dan pembangunan bakat dalam amalan inovatif dan mampan.
Pada Isnin, Encik Gan melawat syarikat binaan Samwoh untuk memahami usaha transformasinya.
Ini termasuk kemudahan mampan yang dibina serta projek inovatif baharu.
Samwoh juga sudah melabur dalam pembangunan kepimpinan korporat serta bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menaja biasiswa industri.
Beliau berkata: "Samwoh adalah contoh sangat baik tentang bagaimana perusahaan kami berpandangan ke hadapan, memahami dan menghargai cabaran-cabaran yang dihadapi syarikat itu dan bagaimana ia mempersiapkan diri bagi transformasi syarikat itu, membangunkan teknologi baharu, melabur dalam pembangunan bakat.
"Saya fikir ia adalah contoh sangat baik bagaimana syarikat-syarikat kita harus mempersiapkan diri bagi menjadi lebih berdaya tahan di tengah-tengah cabaran utama yang bakal kita hadapi. "

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.