Skip to main content

Singapura

Pemerintah sedang tinjau cara terbaik bantu sektor terjejas akibat virus Wuhan

Pemerintah sedang meninjau cara terbaik membantu sektor-sektor yang terjejas dengan penularan virus korona Wuhan, sedang langkah-langkah pencegahan juga diambil. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jan 2020 10:29PM Dikemas Kini : 01 Feb 2020 12:15AM

SINGAPURA: Pemerintah sedang meninjau cara terbaik membantu sektor-sektor yang terjejas dengan penularan virus korona Wuhan, sedang langkah-langkah pencegahan juga diambil.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata demikian dalam satu acara anjuran Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) siang tadi (31 Jan).

Beliau menyebut industri-industri perkhidmatan, pelancongan, runcit, makanan dan minuman sebagai antara yang terjejas.

Encik Wong percaya "akan ada banyak lagi kesan" tetapi pelan-pelan sudahpun dirancang.

Dalam pada itu, REDAS menyatakan pasaran hartanah nampaknya stabil dan ia menjangkakan permintaan tahun ini sama seperti tahun lalu.

Meskipun bimbang, ia percaya akan tadbir urus baik Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita