Pemerintah S'pura tepis kritikan Human Rights Watch berhubung undang-undang baru kepalsuan online
Pemerintah menolak kritikan Human Rights Watch pada Rabu (3 Apr) bahawa Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online yang baru, akan "menyekat kebebasan bersuara di wadah online secara keterlaluan".
SINGAPURA: Pemerintah menolak kritikan Human Rights Watch pada Rabu (3 Apr) bahawa Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online yang baru, akan "menyekat kebebasan bersuara di wadah online secara keterlaluan".
Rang tersebut diusulkan di Parlimen pada Isnin dan menetapkan langkah-langkah tindakan terhadap kepalsuan seperti mengeluarkan arahan pembetulan, malah dalam kes-kes lebih serius, ia mesti dipadamkan.
Dalam respons kepada undang-undang yang disarankan, HRW menerbitkan satu catatan online pada Rabu yang mengkritik Rang itu, termasuk menyatakan ia tidak jelas dan beberapa penetapan di bawah undang-undang itu boleh disalah guna serta diguna untuk menghalang orang ramai daripada bersuara.
Kementerian Undang-Undang menolak dakwaan-dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa kenyataan HRW adalah sebahagian daripada "amalan sejak lama lagi yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan berat sebelah mengenai Singapura".
Kementerian itu menambah bahawa kumpulan hak asasi manusia itu tidak mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Pilihan meskipun ia menawarkan untuk membiaya kosnya atau menggunakan sidang video sebagai alternatif.
"TAKRIF KEPENTINGAN AWAM YANG LUAS": HRW
Catatan HRW pada Rabu menyatakan bahawa Rang tersebut "terlalu meluas dan mengancam untuk menghadkan perbincangan di lelaman merata dunia", dan menggesa pemerintah Singapura untuk menarik balik Rang tersebut.
Kumpulan itu juga mengecam langkah pembetulan yang mesti dilakukan di bawah undang-undang yang disarankan atas nama kepentingan awam. Ia menyatakan bahawa Rang tersebut "memberi takrif kepentingan awam yang terlalu luas".
Encik Phil Robertson, timbalan pengarah divisyen HRW di Asia menambah: "Menteri-menteri Singapura tidak sepatutnya mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan mengenai apa yang sahih dan apa yang tidak."
Beliau menyifatkan keprihatinan Singapura mengenai kepalsuan online sebagai "tidak munasabah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.