Skip to main content

Singapura

Pemerintah S'pura peruntuk S$49 juta bagi R&D tenaga rendah karbon

Pemerintah Singapura memperuntukkan S$49 juta untuk membiayai penyelidikan terhadap penggunaan tenaga rendah karbon dan usaha menguji penggunaan dan penyimpanan hidrogen dan karbon.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2020 02:36PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 10:03PM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura memperuntukkan S$49 juta untuk membiayai penyelidikan terhadap penggunaan tenaga rendah karbon dan usaha menguji penggunaan dan penyimpanan hidrogen dan karbon.

Semasa menyampaikan ucapannya sempena perasmian Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata: "Hidrogen mempunyai potensi yang luar biasa sebagai satu lagi bentuk tenaga bersih, jika tidak, jenis tenaga yang lebih bersih.

"Kita akan mengkaji bagaimana kita boleh menggabungkan hidrogen dengan LNG (gas asli cecair) yang sedia ada bagi menjana "campuran tenaga lebih bersih".

Singapura menandatangani memorandum persefahaman dengan Australia pada Isnin untuk melihat bagaimana kedua-dua negara boleh "memacu huraian pengeluaran rendah karbon", termasuk dalam hidrogen, penggunaan karbon dan huraian penyimpanan dan perdagangan tenaga yang boleh diperbaharui, kata Encik Chan.

Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Sekretariat Perubahan Iklim Negara (NCCS) dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) terlibat dalam Inisiatif Pembiayaan Penyelidikan Tenaga Rendah Karbon, menurut agensi-agensi berkenaan dalam satu kenyataan media berasingan.

Inisiatif itu akan "diterajui bersama" oleh EDB dan EMA bagi memastikan projek-projek relevan kepada sektor perindustrian dan bekalan tenaga, dengan A*STAR menjadi agensi yang melaksanakannya bagi pihak Pemerintah, menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita