Skip to main content

Singapura

Pemerintah rasa perlu umum pelan jangka panjang perumahan awam lebih awal, kata Lawrence Wong

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata, pemerintah berasa perlu untuk mengumumkan pelan jangka panjang bagi perumahan awam dengan lebih awal, bagi menangani keprihatinan tentang masa depan flat-flat HDB apabila mencapai tamat tempoh pajakan 99 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Aug 2018 07:36PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:14PM

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata, pemerintah berasa perlu untuk mengumumkan pelan jangka panjang bagi perumahan awam dengan lebih awal, bagi menangani keprihatinan tentang masa depan flat-flat HDB apabila mencapai tamat tempoh pajakan 99 tahun.

Dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad lalu (19 Ogos), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa lebih banyak pemilik flat akan meraih manfaat daripada program pembangunan sebelum tamat tempoh pajakan flat mereka, di bawah Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS).

Menurut Encik Wong, sekiranya VERS hanya diumumkan apabila butirannya sudah siap, ia mungkin 15 tahun daripada sekarang dan orang ramai akan menjalani kehidupan selama 15 tahun dalam keadaan tidak menentu.

Encik Wong berpendapat bahawa ia mungkin terlalu lama memandangkan keprihatinan yang ditimbulkan.

Beliau berpendapat pemerintah juga perlu mengongsi dengan rakyat mengenai apa yang dirancangkan sekarang.

Encik Wong menambah bahawa pemerintah akan memberi kesegaran kepada estet-estet perumahan awam untuk mengelakkannya menjadi bandar-bandar seperti setinggan.

Bagaimanapun, ia adalah usaha yang amat besar dan perlu dirancang dengan teliti dan berperingkat-peringkat. 

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita