Pemerintah rancang henti tutup nombor NRIC, mohon maaf selepas ACRA dedah butiran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bizfile)
SINGAPURA; Pemerintah pada Sabtu (14 Dis) menyatakan bahawa ia ingin mengubah amalan untuk menutup nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Nasional (NRIC), susulan kebimbangan yang ditimbulkan berkaitan portal Bizfile baharu yang menunjukkan butiran peribadi individu secara percuma dalam enjin carian.
Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) menyatakan pemerintah merancang untuk melaksanakan perubahan itu "hanya selepas menjelaskan isu tersebut dan membuat persiapan".
Namun, portal Bizfile milik Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), mempunyai fungsi pencarian yang menunjukkan nama individu dan nombor penuh NRIC mereka.
Portal baharu itu dilancarkan pada 9 Disember, sebelum pemerintah mengumumkan rancangannya.
Isu itu dikongsi oleh wartawan Bertha Henson di Facebook pada Khamis (12 Dis). Dia berkongsi tentang mudahnya untuk mendapatkan nombor NRIC di Bizfile, sebuah portal khidmat digital bagi pendaftaran perniagaan, pemfailan dan maklumat.
Ramai pengguna meluahkan kebimbangan mengenai privasi data peribadi mereka.
Di bawah sistem ACRA sebelum ini, pengguna boleh mencari individu yang merupakan kakitangan pemerintah atau pemilik perniagaan di Singapura. Nama, serta nombor NRIC mereka yang tidak didedahkan, akan muncul di enjin carian.
Pengguna kemudian boleh membayar untuk mendapatkan butiran penuh bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai seorang individu, yang termasuk nombor NRIC serta alamat.
Menurut ACRA, langkah baharu tersebut selaras dengan usaha pemerintah yang lebih luas untuk berpindah daripada menggunakan nombor NRIC yang tidak didedahkan.
Maklumat yang disediakan itu membantu ketelusan dan kepercayaan korporat dalam persekitaran perniagaan, tambah ACRA.
Agensi tersebut dalam satu kenyataan yang dihantar sejurus selepas kenyataan MDDI, mengakui, bahawa portal baharu itu memaparkan nombor kad pengenalan penuh individu dalam enjin carian, yang bermakna orang ramai tidak perlu lagi membayar untuk mendapatkan maklumat tersebut.
"Ini selaras dengan usaha pemerintah lebih luas untuk beralih daripada menggunakan nombor NRIC yang tidak didedahkan," tambah ACRA.
ACRA menyatakan ia mengakui bahawa ia "meneruskan untuk mendedahkan nombor NRIC" sebelum mendidik orang awam tentang penggunaan butiran NRIC yang sesuai.
"Kami memohon maaf atas kesilapan itu yang menimbulkan rasa resah kepada orang ramai. Kami akan terus menyemak dan mengemas kini portal Bizfile untuk memenuhi peranan kami sebagai daftar perniagaan nasional Singapura."
Apabila Mediacorp cuba menggunakan ciri carian pada pagi Sabtu, sebuah mesej timbul menyatakan: "Khidmat ini tidak disediakan buat sementara waktu. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."
NOMBOR NRIC TIDAK SEPATUTNYA PRIVET: MDDI
MDDI dalam satu kenyataan menyatakan bahawa nombor NRIC bertujuan untuk mengenal pasti individu dan "perlu digunakan untuk tujuan tersebut".
Ia menambah bahawa isudah menjadi amalan buat sekian lama untuk menggunakan nombor NRIC yang didedahkan. Namun, tiada keperluan untuk menutup nombor itu, dan tiada nilai untuk melakukan demikian.
"Dengan menggunakan beberapa algoritma asas, seseorang boleh meneka nombor NRIC penuh daripada nombor yang tidak didedahkan, terutamanya jika seseorang mengetahui tahun kelahiran individu tersebut."
Oleh itu, agensi awam berhenti penggunaan nombor kad pengenalan yang tidak didedahkan secara berperingkat, untuk mengelak daripada memberikan "rasa keselamatan palsu", jelas MDDI.
Kementerian tersebut menyatakan bahawa ia sedar bahawa sebahagian warga Singapura "sudah lama menganggap" nombor NRIC sebagai maklumat privet dan peribadi, dan ia memerlukan masa untuk merubah kepada "cara pemikiran baharu ini".
Sejak September 2019, pertubuhan di Singapura menghentikan amalan mengumpul butiran NRIC.
Mereka hanya boleh memintanya jika ia dikehendaki oleh undang-undang, atau jika seorang individu perlu membuktikan identiti mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.