Pemerintah peruntuk S$40 juta sediakan huraian bagi cabaran pasca COVID-19
Tiga agensi pemerintah memperuntukkan S$40 juta bagi membantu syarikat-syarikat menjadi lebih kukuh dalam dunia pasca COVID-19.
SINGAPURA: Tiga agensi pemerintah memperuntukkan S$40 juta bagi membantu syarikat-syarikat menjadi lebih kukuh dalam dunia pasca COVID-19.
Dana itu akan digunakan dalam satu siri tujuh cabaran yang dilancarkan hari ini (22 Jul) oleh Enterprise Singapore, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Yayasan Kajian Nasional Singapura.
Ia di bawah program Cabaran Inovasi Nasional yang pertama kali diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semasa pembentangan Belanjawan Kecekalan.
Para peserta diberikan sehingga S$2 juta bagi setiap cabaran.
Perusahaan, institut pengajian tinggi dan juga persatuan perdagangan boleh bekerjasama untuk menghasilkan huraian dalam industri seperti rangkaian pengangkutan dan bekalan logistik, pelancongan serta binaan.
Cabaran-cabaran itu juga bertujuan meningkatkan daya penghasilan melalui Kecerdikan Buatan (AI), membangunkan sistem mengurus dan memantau orang ramai bagi pembukaan semula dengan selamat serta huraian digital untuk menguruskan pergerakan para pekerja di tapak-tapak binaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.