Skip to main content

Singapura

Pemerintah, pertubuhan dan individu perlu kerjasama bagi galak amalan mesra alam 3R

Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berkata pemerintah sedang menimbangkan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan individu bagi menggalak amalan 3R, iaitu mengurangkan (reduce), mengguna semula (reuse) dan mengitar semula (recycle).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2019 10:23PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 10:33PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berkata pemerintah sedang menimbangkan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan individu bagi menggalak amalan 3R, iaitu mengurangkan (reduce), mengguna semula (reuse) dan mengitar semula (recycle).

Dr Khor berkata demikian di satu acara menggalak amalan "bebas sisa", yang dianjurkan oleh City Developments dan syarikat media Eco-Business.

Satu pertunjukan fesyen diadakan sempena acara 'Ecobank', yang membawa mesej mengenai pentingnya mengitar semula.

Lebih 18 tan barangan terpakai sudahpun dijual di bazar amal itu. Jumlah itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah barangan yang dikumpulkan pada 2016.

Pihak penganjur mengatakan jika barang-barang itu dibakar, lebih 9,000 tan gas karbon dikeluarkan, dan ini tentu sekali akan menjejas sekitaran.

Dana yang dikumpulkan daripada penjualan itu akan digunakan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa. Barangan yang tidak dijual pula akan diderma.

Di acara itu, Dr Khor juga menggalak orang ramai supaya melakukan lebih banyak lagi demi sekitaran.

"Apa yang kami inginkan adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai bagaimana untuk mendampingi rakyat Singapura serta menggalak mereka supaya mengamalkan gaya hidup 3R.

"Kami perlu mengadakan lebih banyak perbincangan seumpama itu dan kerjasama bagi melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai bagi tempoh jangka panjang," kata beliau.

Dengan 2019 dinamakan sebagai tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjanaan sisa, perbincangan seumpama itu mungkin tepat pada masanya.

Acara 'EcoBank' akan berlangsung sehingga Ahad (3 Mac). 

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita