Skip to main content

Singapura

Pemerintah pertimbang tindakan lebih tegas ke atas individu rosakkan perangkap burung, CCTV

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah pertimbang tindakan lebih tegas ke atas individu rosakkan perangkap burung, CCTV

Gambar: Cik El

Diterbitkan : 20 Jul 2025 02:14PM Dikemas Kini : 20 Jul 2025 02:15PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata pemerintah sedang mempertimbangkan pendekatan yang lebih tegas terhadap individu yang merosakkan perangkap burung liar dan kamera CCTV yang memantaunya.

Ini mungkin termasuk hukuman penjara bagi pesalah, kerana tindakan mereka menghalang usaha agensi-agensi untuk membendung masalah kesihatan dan alam sekitar.

Semasa bercakap di sebuah festival kemampanan di Nee Soon hujung minggu ini, Encik Shanmugam berkata majlis perbandarannya menerima lebih 800 aduan tentang burung merpati pada tahun lalu.

Nee Soon tergolong dalam kumpulan kedua bandar yang merintis pelan tindak balas bagi pengurusan burung merpati, di samping Jalan Besar dan Marsiling-Yew Tee.

Sejak bulan lalu, pihak berkuasa bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam kalangan masyarakat seperti kedai kopi dan penduduk, untuk mengurangkan sumber-sumber makanan dan membasmi burung-burung merpati.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita