Skip to main content

Singapura

Pemerintah pertimbang kawal selia had pengeluaran bahan kimia berbahaya dalam produk binaan, rumah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2023 08:53PM Dikemas Kini : 04 Jan 2023 11:32PM
SINGAPURA: Pemerintah akan menimbangkan saranan-saranan oleh pemain industri untuk menetapkan had pada pengeluaran bahan kimia berbahaya dalam produk binaan dan perabot rumah.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata demikian semasa melancarkan garis panduan untuk meningkatkan mutu udara di dalam kawasan tertutup.

Majlis Industri Perabot Singapura menyatakan pendidikan awam adalah penting.

Garis panduan baru itu termasuk memastikan syarikat-syarikat mematuhi piawai tempatan bagi mutu udara yang baik serta mendapatkan pentauliahan.

Antara saranan-saranan yang diusulkan oleh perikatan itu juga termasuk memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang menggunakan bahan alternatif yang lebih selamat.

Selain itu, syarikat-syarikat digalak supaya menyerahkan laporan mengenai hasil ujian bagi produk-produk yang digunakan.

Walaupun langkah-langkah itu akan memastikan mutu udara yang lebih bersih, Cik Fu berkata Pemerintah perlu meneliti tahap pengeluaran bahan kimia yang dianggap sebagai berbahaya, dan pihak-pihak yang perlu dikawal selia.
 
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita